
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini hngat diperkatakan pasal isu durian.
Bermula dari topik harga durian yang dikatakan level kayangan, lambakan durian tidak terjual, sehinggalah kepada isu pencrobo.han t.anah di Raub oleh pekebun durian musang king.
Namun topik kami kali ini bukanlah mengenai perkara tersebut, sebaliknya mengenai perkongsian vdeo seorang pemilik kebun durian yang berjaya merakam aksi seorang lelaki tidak dikenali yang telah mengutip duriannya di kebunnya.
Menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok, lelaki ini dilihat cuba bersemuka dengan individu terbabit sementara menunggu ketibaan poIis.
Namun dia dan seorang rakan yang tenang mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat terus mengutip durian hingga penuh guni bagaimanapun agak terkjut dengan reaksi selamba lelaki berkenaan.
Malah suara dan gayanya yang ‘membebel’ tanpa henti langsung tidak menggambarkan yang dia cuak atau takut walhal terbukti secara terang-terangan dia telah menc.uri hasil buah-buahan orang lain.
” Rakamlah! Rumah aku ada kat situ”
Aku rasa dia ‘high’
” Rakamlah! Rumah aku kat situ! Jom pergi rumah aku… Sakit kepala aku orang tudvh aku cvri durian”.
Itu antara ungkapan yang dikeluarkan lelaki berkenaan.
Malah dia tanpa sebarang perasaan dilihat berjalan melintasi mereka dengan membawa guni yang penuh durian tadi sambil berterusan meminta mereka untuk mengikutnya pulang kerumah.
Malah selamba dia berjalan memikul guni penuh durian itu di hadapan pemilik kebun terbabit.
Mungkin pelik dengan reaksi laki berkenaan, pemilik kebun berkenaan kemudian memberitahu rakannya yang dia mengesyaki lelaki tersebut mungkin di bawah pengaruh d.4dah ataupun ubat-ubatan.
Sudah minta izin dari pokok
Lebih mencuri tumpuan, apabila lelaki tersebut menerusi satu lagi vdeo mendakwa dia sebenarnya sudah meminta izin, namun bukan kepada pemilik berkenaan sebaliknya kepada pokok-pokok tersebut.
” Aku dah minta izin tadi dengan pokok-pokok itu” katanya sebelum berlalu pergi.
Tindakan lelaki tersebut nyata mengundang pelbagai respon dari orang ramai.
Ada yang berpendapat dia mungkin tidak sihat, dan ada juga yang merasakan dia seolah di bawah pengaruh d.4dah kerana menggunakan alasan yang langsung tidak masuk akal.
Ada juga segelintir yang meluahkan rasa geram dengan tndakannya ‘menjawab’ seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.
” Owner tanah pun dah confius, dengan confidentnya dia jawab, ramah ajak pergi rumah lagi.. Agaknya beli confident RM5 ringgit kat shopee ni” tulis Izhar.
” Hahaha langsung rasa tak bersalah. Kita yang orang kata kalau buat keluar pagar pun boleh ambik tapi takut nak ambik. Ini dalam pagar rumah orang!” tulis Matnip
” Aku pernah sergah spesis macam ni.. kutip kelapa dalam kebun.. dia cakap pokok ni Allah yang punya.. hemm sekali lagi masuk aku cantas kaki tu..selamat tak datang dah” tulis Faisal.
Dalam pada itu, ramai warganet turut sama memuji pemilik kebun tersebut yang disifatkan pemurah kerana tidak menghalang sebaliknya melepaskan individu terbabit begitu sahaja.
Sumber:buzzkini