‘Sekejap Lagi Pembdahan Utk KIuarkan Bayi’ – Status Terbaru Shuib, Siti Sarah Kini Ditidurkan

” Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,”

Itu kata-kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Nana berkata, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

” Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kndungannya.

” InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) Hspital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksig.en tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kndungan.

” Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke lCU disebabkan oksig.en yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

” Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kndungan.

” Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” kata Shuib.

Status terbaru Shuib

Dalam pada itu, Shuib dilihat memuatnaik status terbaru sebentar tadi susulan dari perkembangan semasa mengenai isteri yang ditidurkan itu.

Menurut Shuib, pembed4han terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam kndungan Siti Sarah.

” Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan isteri saya Siti Sara Raisuddin.

” Sekejap lagi lebih kurang jam 2 lebih Sarah akan menjalani pembed4han untuk keluarkan bayi.

” Saya mohon terus doakan Sarah semoga pembed4han tersebut dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih semua.” tulis Shuin di Instagram beliau.

Minggu lalu, Siti Sarah dan suaminya yang juga pelawak, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata disahkan pos1tif COVlD-I9.

Keadaan Siti Sarah dikongsi suaminya, Shuib menerusi laman Instagram (IG), semalam.

Dalam perkongsian video 14 saat itu, Siti Sarah kelihatan duduk atas kerusi roda sambil memakai oksi.gen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambuIans.

” Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin.

” Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Shuib.

Sementara itu, syarikat pengurusan, Indigital Music dalam kenyataan memaklumkan Siti Sarah sepatutnya memotong gelang semalam, tetapi mengalami batuk dan mengadu tidak selesa, sejak kelmarin.

” Siti Sarah dibawa dengan ambuIans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rwatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarntin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

” Tahap oksi.gen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,” kata pengurusnya, Nana Mohd Rom.

Siti Sarah dan keluarga menjalani ujian saringan COVlD-I9 selepas pembantu rumah disahkan pos1tif pand3mik pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, Siti Sarah dan keluarga hanya menjalani tempoh kuarntin selama 14 hari di rumah.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Pasangan dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber:hemtr0 dan IG Shuib