Siti Sarah SeIamat Lahirkn Bayi Lelaki. Bayi Dlm Keadaan Baik, Tetapi Shuib Sebak Kngsi Keadaan Isteri

” Alhamdulillah pukul 4 lebih baby telah pun berjaya dikeluarkan..”

Demikian perkongsian terkini dimuat naik oleh pelawak, Shuib Sepahtu yang berkongsi keadaan semasa apabila doktor terpaksa lakukan pembdahan terhadap isterinya bagi mengeluarkan bayi.

Menurut Shuib, bayi dalam keadaan baik, tetapi isterinya masih dalam keadaan kr1tikal.

” Keadaan baby Alhamdulillah baik tapi perlukan bantuan pernafasan kerana lahir pra matang.

” Cuma keadaan Sarah agak krit1kal. Saya sekeluarga mohon semua teruskan dia untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung ny4wa dengan COVlD dipermudahkan urusan. Aamiin” tulis.

Menerusi ruangan komen pula rata-rata rakan artis mengucapkan rasa syukur dan mendoakan kesembuhan untuk isteri Shuib.

Antaranya pelawak terkenal Zizan Razak dan Ropie yang tampil memberi kata-kata semangat di ruangan komen.

” Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.” tulis Zizan.

” Syukur Alhamdulillah Tahniah diucapkan diatas kelahiran baby baru.. buat Shuib dan Sarah smuga Allah memberikannya kekuatan,  mempermudahkan segala urusannya serta diberikan kesihatan yg baik utk dirinya. Amin” tulis Ropie.

Ramai pihak bagi bantuan

Dalam perkongsian di InstaStory pula, Shuib meluahkan rasa syukur kerana ramai pihak prihatin dan menyalurkan bantuan kepadanya.

” Allah Maha Baik, di saat macam ini Allah hantar ramai orang baik untuk bantu dalam pelbagai cara. Terima kasih Allah. Syukur ya Allah.

” Terima kasih semua atas bantuan, terus doakan Sarah kembali sihat InsyaAllah.” tulis Shuin.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah yang kini berada dalam keadaan krit1kal di Unit Rawatan Rapi (lCU) Hspital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom bagaimanapun memaklumkan keadaan Siti Sarah masih belum stabil.

” Untuk makluman Sarah melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

” Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Pihak media Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke lCU HUKM akibat tahap oksi.gen tidak stabiI, pada pagi, hari ini.

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamiI lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksi.gen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuar4ntin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif COVlD-I9 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Manakala sekitar pukul 2 petang tadi, suami Siti Sarah, Shuib mengesahkan isterinya yang sedang bertarung dengan jngkitan COVlD-l9 telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

” Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin.

” Sekejap lagi (tadi), lebih kurang pukul 2 petang Sarah akan menjalani pembdahan untuk keluarkan bayi dalam kndungan.

” Saya mohon terus doakan agar pembdahan tersebut dapat dijalankan dengan baik,” tulisnya dalam Instagram yang meraih lebih 19k komen mendoakan kesembuhan Siti Sarah.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber:hemtr0 dan IG Shuib