‘Agungnya Cinta Shuib Pada Sarah’ – Air Mata Arwh BerIinangan Ketika Panggilan Vdeo Dibuat Seakan Faham

” Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwh ketika masih berny4wa dengan bntuan jururawat dan doktor.”

Demikian kata Shuib mengenai panggilan video dia bersama tiga anaknya dengan Allahyrham isterinya, Siti Sarah Raissuddin di Unit Rawatan Rapi (lCU), Hspital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), malam tadi.

Menurut Shuib, ketika panggilan video dibuat arwh kelihatan mengalirkan air mata seolah-olah memahami apa yang diungkapkan dia dan tiga cahaya mata mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

” Air matanya berlinangan seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.

” Saya ada ke hspital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat tapi saya tidak dibenarkan bertemu arwh,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda dengan pemrgian isterinya pagi tadi kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

” Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemrgian arwh ibunya kerana saya bergegas ke hspital pagi tadi.

” Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya.

Sarah paling kuat dan paling baik hatinya

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi suasana penuh sayu sewaktu melihat Allahyrham Siti Sarah dibawa ke Hspital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Khamis lalu.

Ketika itu Sarah sempat berkata kepada Shuib bahawa dia takut, namun di sebalik kata-kata itu Shuib tetap percaya isterinya seorang yang kuat.

” Dia (Siti Sarah) cakap dia takvt.

” Saya tahu dialah orang yang paling kuat dan paling baik hatinya. Saya banyak dapat pelajaran daripada apa terjadi.

” Kepada kaum lelaki dan suami, terus hargai isteri,” katanya ketika ditemui selepas pengebvmian jnzah isterinya di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, hari ini.

Menurut Shuib, hari yang sama juga adalah kali terakhir dia menatap wajah isteri kesayangannya itu secara berdepan.

” Kali terakhir jumpa dia di hspital sebab saya yang hantar dia di wad. Terakhir saya pandang dia di katil.

” Saya terpaksa tinggalkan dia. Kemudian saya jumpa dia balik selepas dia tutup mata, tapi saya cukup yakin dan percaya dia bidadari syurga saya,” katanya.

Kata-kata isteri yang diingati sampai sekarang

Ditanya apakah kata-kata isterinya yang diingati sampai sekarang, Shuib berkata, Siti Sarah sentiasa berpesan supaya menjaga anak-anak.

” Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik. Saya akan didik sebaik mungkin menjadi anak yang soleh dan solehah,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkata, sehingga tengah hari, hari ini, tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, masih belum tahu mengenai pemergian ibu mereka.

” Sehingga saat ini mereka belum tahu. Ini tugas paling berat saya. Balik ini saya kena bagi tahu mereka.

” Insya-Allah saya harap semua okay. Terus mendoakan keluarga saya. Saya balikkan semua doa kalian. Kepada yang sedang bertarung dengan Covid-19 sekarang, saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan anak keempatnya Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu, Shuib berkata, dia belum berjumpa dan melihat wajah anak lelakinya itu.

” Setakat ini saya baru dua kali dapat maklumat mengenai Ayash. Maklumat terakhir yang saya dapat dia sangat aktif.

” “Mata sudah buka, kaki sudah menendang dan ada banyak pergerakan. Saya juga belum dapat gambar atau videonya. Insya-Allah dalam masa terdekat. Terima kasih sebab doakan dia. Semoga proses pembesarannya lancar,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu disahkan meninggI dnia jam 5.13 pagi, hari ini.

Ia selepas tiga hari Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hspital itu akibat tahap oksigen menurun.

Disebabkan itu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan yang ketika itu berusia tujuh bulan atau pra-matang.

Sumber:hmetro