‘Duit Beribu Ringgit Masuk Akaun Saya’ – Bekas Wartawan Dedah Siti Sarah Senyap-Senyap Bantu

” Saya tengok ada duit ribuan ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun saya..”

Itu kata-kata Rosli Manah, 53, bekas Pengarang URTV yang mendedahkan bagaimana beliau berasa sangat terkjut apabila dibantu oleh seseorang tanpa menjangka ia adalah dari Allahyrham Siti Sarah Raisuddin.

Rosli menceritakan dia terkejut apabila pada tahun lalu, mendapat panggilan telefon daripada syarikat Allahyrham bernaung, Indigital Music yang menyatakan seorang artis mahu menghulurkan bantuan.

Rosli adalah bekas wartawan, Utusan Karya Sdn. Bhd yang dihimpit kesusahan selepas syarikat mereka, Utusan Melayu (M) Berhad gulung tikar pada 2019 dan pampasan penuh yang dijanjikan tidak dibayar sehingga hari ini.

Menurut Rosli, dia tertanya-tanya siapakah artis itu kerana pihak pengurusan syarikat berkenaan enggan mendedahkan individu yang ingin menghulurkan bantuan kewangan tersebut.

” Saya tanya Nana (pihak pengurusan Indigital) siapa yang bantu? Nana kata, tak perlu tahu kerana artis berkenaan ikhlas menolong.

” Jumlah yang dibantunya itu, bagi saya agak banyak kerana ketika itu saya benar-benar dalam kesusahan kerana tiada pekerjaan,” ujar Rosli.

Tambah Rosli lagi, rahsia itu terbongkar selepas Nana tidak sengaja menulis nama Sarah sebagai rujukan resit bank ketika pemindahan wang dilakukan.

” Kemudian saya hubungi Nana dan bertanya mengenai nota kecil itu dan Nana mengaku dia tidak sengaja tertulis catatan berkenaan dan seterusnya mengaku, wang tersebut pemberian Siti Sarah dan mohon dirahsiakan.

” Arwh sangat pemurah… masa itu saya dah tak bekerja di Utusan. Saya dah tiada duit untuk bayar tunggakan kereta dan saya ada muat naik status itu di Facebook.

” Tak sangka Nana kemudian tanya nombor akaun saya, masa tu saya tak tahu fasal apa.

” Lepas itu saya tengok ada duit ribuan ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Gambar: Rosli Manah akan terus mengenang jasa Siti Sarah

Tambah Rosli, sehingga kini dia tidak berpeluang berterima kasih kepada Siti Sarah kerana terpaksa berpura-pura tidak mengetahui tentang sumbangan tersebut.

Ditanya sejauh manakah rapatnya hubungan dia dengan Siti Sarah, ujar Rosli, pada awal kemunculan penyanyi itu, dia banyak memberi liputan terhadap Siti Sarah melalui majalah URTV pada usia belasan tahunnya.

Malah, Rosli juga berkawan baik dengan Pegawai Perhubungan Awam Siti Sarah ketika itu, Allahyrham Ruslan Agil dan mereka kerap keluar, makan bersama-sama yang turut disertai Siti Sarah.

” Saya dimaklumkan, bantuan yang diberikan Siti Sarah itu kerana dia terhutang budi saya pernah membantunya saat susahnya dia untuk menapak dalam dunia seni.

” Dia tak lupa jasa saya itu. Saya sangat-sangat terharu akan budi baiknya. Tak semua artis menghargai wartawan yang banyak membantu mereka saat diland.a kesusahan.

” Terima kasih Sarah… Allah saja yang membalas budi baik Sarah,” kata Rosli sebak.

Bekas pengarang turut terima bantuan Siti Sarah

Selain Rosli, Siti Sarah juga ada membuat sumbangan kepada seorang lagi bekas Pengarang Kanan, Utusan Karya Sdn. Bhd. iaitu Joha Ahmad, 55, yang kini mender1ta pnyakit buah pingg4ng.

Menurut Joha (gambar feature image atas berbaju biru), dia terkjut apabila menerima sumbangan daripada arwh kira-kira dua bulan lalu biarpun mereka sudah lama tidak berhubung.

” Saya terima sumbangan wang tunai daripada arwh Sarah dua bulan lepas… saya memang sangat terkejut sebab kami memang dah lama tidak berhubung.

” Saya cakap pada dia terima kasih sebab masih ingat saya… hubungan saya dengan arwh bukan macam wartawan dengan penyanyi, sebaliknya dah macam abang dengan adik.

” Arwh memang tahu saya sak1t dan dia juga sempat berpesan pada saya agar selalu jaga diri,” katanya.

Joha turut menyifatkan Allahyrham seorang yang merendah diri serta sentiasa mengingati wartawan-wartawan hiburan yang telah menaikkan namanya di persada seni.

Tambah Joha, hubungan baiknya bukan sahaja terhadap Siti Sarah malah termasuklah dengan ahli keluarga penyanyi itu.

Joha mengenali arwh apabila Siti Sarah menyertai pertandingan karaoke Bintang URTV pada 2000 yang menobatkan Siti Sarah sebagai juaranya. Ketika itu Joha ialah wartawan di majalah berkenaan.

” Daripada situlah kami mula rapat dan saya kerap memberi publisiti kepadanya sehinggalah dia dikenali.

” Saya bersama Siti Sarah, ibu dan bapanya pernah duduk makan bersila, sama-sama berebut nasi berlauk budu tak lama dulu. Kelakar kalau diingat semula kenangan lalu,” kata Joha.

Ujarnya, ketika dilanda masalah kesihatan, dia tidak menyangka Siti Sarah masih mengingati jasanya walaupun Joha tidak mengharapkan balasan kerana apa yang dilakukannya suatu ketika dahulu adalah sebagai menjalankan tugas sebagai wartawan untuk memberi publisiti kepada artis.

Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, menghembvskan nfas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidvrkan pada 4 Ogos lalu akibat ser4ngan wa.bak COVlD-I9.

Sumber:mstar