‘Ibu Diam Jer Tak Cakap Apa-Apa’ – Anak Shuib Mimpi Arwh Datang Balik Rumah Dan Pegang…

Semalam, kisah tentang seorang wanita yang menceritakan mimpi anak lelakinya melihat Allahyrham Siti Sarah Raissuddin diserbu kanak-kanak PaIestin telah menarik perhatian ramai.

Rata-rata mengaitkan mimpi budak lelaki tersebut dengan keluhuran budi pekerti arwh yang gemar bersedekah sehingga mengeluarkan kos ribuan ringgit bagi program ibadah k.orban di Ga.za.

Terbaru, kisah mimpi bertemu Allahyrham dikongsikan lagi oleh orang lain dan kali ini menerusi individu paling rapat dengan arwh sendiri.

” Ibu datang… balik rumah bawa Ayash..”

Demikian antara cerita yang terbit dari mulut cahaya mata ketiga Allahyrham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun.

Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memandikan anaknya itu.

” Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu.

” Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arwh) tak dapat-dapat.

Arwh balik rumah sambil pegang Ayash

” Matin cerita lagi… dia mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwh Siti Sarah pada Khamis malam.

Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

” Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia.

” Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

” Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.

Seorang wanita turut bermimpi melihat arwh

Dalam pada itu Shuib menceritakan dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arwh isterinya.

” Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan arwh pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.

” Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

” Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.

Siti Sarah menghembvskan n4fas terakh1r pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat COVlD-I9.

Selain Ariq Matin, Allahyrham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui pembdahan yang diadakan pada 6 Ogos lalu.

Semalam Shuib turut berkongsi kisah seorang wanita yang memberitahu anaknya mengejutkannya jam 4 pagi untuk menceritakan mimpinya bertemu allahyrham Siti Sarah.

Dalam mimpinya, Shuib berkata, kanak-kanak lelaki itu sampai ke satu tempat indah, di mana tidak pernah melihat kawasan secantik itu.

” Dia nampak seorang kakak baru sampai, seperti terpinga-pinga melihat sekeliling dan duduk atas kerusi. Kemudiannya, ada ramai kanak-kanak datang menyerbunya.

” Anak itu beritahu dia kenal kanak-kanak menyerbu kakak berkenaan, itulah kanak-kanak PaIestin. Ketika dikelilingi kanak-kanak PaIestin, dia sempat berbual dengan kakak ini.

” Kakak ini memberitahu namanya Sarah. Kemudiannya, mereka membawa kakak ini berjalan-jalan melihat kawasan sambil naik dan minum lembu susu bersama,” katanya.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu melihat kakak berkenaan sangat seronok, wajahnya penuh kegembiraan.

” Anak itu bertanya pada ibunya, adakah mengenali kakak bernama Sarah. Wanita beritahu, mengenali seseorang bernama Sarah, tetapi tidak pernah menemui, hanya melihat di kaca televisyen.

” Lantas, wanita ini terus membuka telefon bimbit dan menunjukkan video arwh dalam YouTube. Anak itu terus beritahu, inilah kakak yang ditemuinya.,” ujar Shuib.

Sumber:mstar