Ismail Sabri Selangkah Dilantik Menjadi PM ke-9. Tetapi Agong Mahu Pastikan Terlebih Dahulu Perkara Ini

Hari ini, seramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara di mana mereka telah tiba dalam lima kumpulan bermula dari jam 10 pagi.

Mereka terdiri daripada ahli parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, Umno, MCA, MIC, PAS, dan beberapa parti lain dan ahli parlimen bebas.

Tiada dalam senarai ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Berdasarkan jadual, komposisi ahli parlimen yang dijemput ke istana esok adalah seperti berikut:

Agong mahu pastikan 114 ahli parlimen tidak sokong kerana tekanan

Sementara itu pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan 114 ahli parlimen hari ini adalah untuk memastikan bahawa mereka tidak memberikan sokongan kepada ahli parlimen Bera di bawah tekanan.

Ahli-ahli parlimen yang menghadap Yang di-Pertuan Agong memberitahu bahawa dalam pertemuan itu, baginda meminta mereka mengesahkan kandungan akuan berkanun (SD) mereka yang menyokong Ismail dan apakah mereka menandatanganinya secara sukarela atau di bawah tekanan.

” Yang di-Pertuan Agong telah memanggil ahli parlimen yang telah membuat perakuan sumpah untuk mengesahkan pertama sekali kandungan sumpah dan mengesahkan bahawa pilihan kami ini, adakah ia atas rela hati.

” Kami ada 18 orang (dari GPS), dan mengesahkan bahawa kita telah memilih calon perdana menteri dan mengesahkan bahawa calon yang kita pilih ini atas rela hati daripada setiap ahli parlimen,” kata ahli parlimen Petra Jaya dari GPS, Fadilah Yusof kepada pemberita di Kuching.

Fadilah berkata semua ahli parlimen GPS kecuali ahli parlimen Bintulu Tiong King Sing menghadap Yang di-Pertuan Agong secara seorang demi seorang menerusi persidangan video.

Tiong kini di Kuala Lumpur dan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara bersemuka bersama ahli-ahli parlimen yang lain.

Fadilah tidak mendedahkan calon yang dipilih GPS tetapi difahamkan, mereka memilih Ismail. Hal ini kerana hanya ahli-ahli parlimen dalam kalangan majoriti yang dipanggil menghadap ke Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 105 ahli parlimen yang menyokong presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menerima jemputan berkenaan.

Sokongan 114 ahli parlimen buat Ismail sudah lebih tiga sokongan daripada 111 sokongan yang diperlukan untuk mencapai majoriti mudah.

Ahmad Maslan kata Ismail Sabri dapat sokong mencukupi untuk dilantik sebagai PM

Sementara itu, ahli parlimen Pontian dari Umno, Ahmad Maslan turut mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mahu tahu apakah ahli-ahli parlimen terlibat menyokong Ismail secara sukarela.

” Tujuan menghadap ini saya difahamkan untuk mengesahkan SD yang telah dibuat, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, adakah kita sukarela membuat akuan itu ada di bawah tekanan dan lain-lain.

” Kalau saya sendiri, tentunya saya sukarela mencadangkan Ismail sebagai perdana menteri.

” Saya yakin kepada keupayaan beliau, saya dah kenal beliau lama,” kata Ahmad kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Setelah Yang di-Pertuan Agong mengesahkan sokongan diterima Ismail, baginda akan mengadakan pertemuan khas dengan raja-raja Melayu untuk berbincang mengenai hal berkenaan.

Untuk rekod, parlimen memiliki 220 kerusi, yang bermaksud sokongan sekurang-kurangnya 111 anggota parlimen diperlukan untuk membentuk kerajaan baru.

Sementara itu, dalam mesej yang disampaikan kepada wakil rakyat BN, Ahmad mendkwa ini bermaksud Ismail Sabri telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai perdana menteri.

” Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.

” Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), anggota dewan tertinggi dan semua anggota parlimen kita,” katanya dalam pesanan teks hari ini.

Tambahnya, anggota parlimen BN akan berangkat dengan bas untuk ke Istana Negara pada pukul 10 pagi esok dari Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Sumber:maIaysiakini