
Siswanto sebelum ini sering berdepan nasib kurang baik dalam kerjaya sebagai mekanik namun keadaan berbeza selepas dia mula memuat naik video sehingga mengubah nasib komunitinya yang kini diberi jolokan Kampung YouTube Indonesia.
Ia bermula empat tahun lalu ketika Siswanto bergelut untuk meneruskan perniagaan bengkelnya di Kasegeran, bandar yang jauh di pinggir Jawa sehingga warga Indonesia juga sukar menjumpainya di peta.
Dia tersepit untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga namun pekerjaan sampingan iaitu mengutip sampah dan menanam kacang soya tidak cukup untuk menampung keperluannya.
Dia mendapat idea untuk menghasilkan video pendek komedi mengenai sambungan internet di Kasegeran selepas menonton rancangan televisyen memaparkan pempengaruh Indonesia yang menjana pendapatan lumayan melalui video dalam talian.
” Namun, ketika itu tiada sesiapa menonton video yang saya hasilkan dan saya berhenti,” kata pemuda berusia 38 tahun itu.
Suatu hari, dia berdepan masalah membaiki motosikal pelanggannya yang agak mahal dan memuat naik video dalam talian bagi mendapatkan bantuan.
” Walaupun saya mekanik, ada masanya saya tidak tahu membaiki sesuatu model motosikal kerana ia terlalu sukar,” katanya.
Dari situasi itu, dia mendapat idea menghasilkan video membaiki motosikal yang mudah diikuti.
Dia menggadai telefon bimbit yang dikongsi dengan isterinya dan menambah peralatan untuk rakaman video.
” Pada awal video, saya menggigil dan banyak merapu. Namun, selepas beberapa tahun saya dapat mengumpul pengikut mencecah dua juta orang di YouTube,” katanya.
Orang kampung tudvh guna sih1r, akhirnya semua penduduk jadi Youtuber
Dia menubuhkan pasukan kecil untuk kerja suntingan dan memuat naik video berkaitan kerja membaiki motosikal atau aktiviti memancing.
Hasilnya, dia menjana pendapatan sehingga 150 juta rupiah sebulan (kira-kira RM44,000).
Kemewahannya disedari penduduk kampung sehingga ada yang menuduhnya menggunakan sih1r untuk melariskan perniagaan.
Katanya, ada ibu bapa melarang anak mereka pergi ke bengkelnya kerana risau dijadikan korban iImu hitam.
Malah dia pernah ditudvh memiliki kekayaan dan menjadi sebahagian daripada kumpulan pnggan4s. Namun Siswanto menafikan tudvhan itu dengan menunjukkan hasil vdeo beliau di YouTube dan juga bagaimana pendapatan diperolehi.
” Saya panggil semua penduduk dan menjelaskan bagaimana saya menjana pendapatan melalui video YouTube. Kebanyakan mereka tidak pernah dengar langsung mengenai YouTube,” katanya.
Siswanto kemudian menawarkan diri mengajar penduduk kampung yang kini digelar Kampung Youtuber menghasilkan video dan sehingga kini sekurang-kurangnya 30 penduduk Kasegeran memiliki saluran sendiri dengan ratusan ribu pengikut.
Pada tahun 2019 dia mulai menyasarkan penduduk di Kampung Youtuber itu untuk menjadi YouTube yang berjaya dan memastikan mereka mendapat gaji pertama dari YouTube.
” Saya berlari setiap pagi untuk berada di sini, hampar tikar. Pada mulanya terdapat 60 orang, kemudian pada tahun 2019 kami mempunyai 33 orang.
” Mereka semua adalah penduduk di sini, dengan 20 penduduk adalah masyarakat asli dari 13 buah kampung,” kata Siswanto.
Seorang daripadanya adalah Tirwan, 45, yang menjual makanan ringan dikenali sebagai cilok dengan pendapatan sekitar 50,000 rupiah sehari.
Hari ini, dia menghasilkan video masakan selain turut menyelitkan video mengenai pemburuan hantu.
Dengan peningkatan pendapatan penduduk kampung, Kasegeran kini dilengkapi sambungan internet lebih pantas yang dapat membantu pelajar menyertai kelas dalam talian.
” Kasegeran sebelum ini adalah kampung termiskin di daerah ini, namun kini kami menyaingi kampung lain,” kata Ketua Kampung, Saifuddin.
Dalam pada itu Siswanto menjelaskan, meskipun dia sudah cukup berjaya dalam dunia YouTube, beliau masih berusaha keras dalam menjamin masa depannya dengan tidak bergantung kepada YouTube semata-mata.
Cita-cita Siswanto saat ini adalah untuk membina sebuah syarikat yang dapat diwariskan kepada anak-anaknya.
” Selagi YouTube masih wujud dan bertahan, selagi itu saya akan lakukan (content), tetapi tidak boleh bergantung sepenuhnya.
” Saya ingin memiliki perniagaan yang sebenar dalam bidang perdagangan. Kerana kita tidak tahu sekiranya YouTube akan dihentikan, atau esok boleh jadi akaun kita disekat, tidak ada yang tahu.
” Kesalahan itu mungkin berlaku, dan kita tidak tahu di mana bos kita,” katanya.
Namun, Siswanto sangat setuju bahawa YouTube menjadi penyelesaian untuk masalah ekonomi di tengah-tengah wab4k COVlD-I9 yang sedang berlaku kini.
Walaupun pendapatan sedikit menurun, Siswanto berpendapat itu tidak menjadi msaIah
” COVlD-I9 sepertinya tidak mempengaruhi kita, tetapi ia berlaku dalam peraturan YouTube,” katanya.
Tambahnya lagi, jika semua orang ingin mengubah hidup mereka atau ingin memperoleh pendapatan tambahan, harapan sentiasa ada terutama bagi mereka yang ingin menjadi Youtuber.
Sumber:hmetro dan tribunnews