PM Umum Senarai Kabinet Baru Sebentar Tadi, Jawatan Menteri Pertahanan Paling Mencuri Tumpuan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ iaitu pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra di sini, beliau membentuk Kabinet itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.

” Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pndemik COVlD-I9, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lalu di Istana Negara.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan kepada pelantikan Ahli Parlimen Bera itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, jawatan empat “menteri kanan” diwujudkan seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Berikut senarai kabinet baru:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakub

Menteri Kanan (Perdagangan, Antarabangsa dan Industri): Azmin Ali (Bersatu).
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan (Pertahanan): Hishammuddin Hussein (Umno).
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu).

Menteri Kanan (Kerja Raya): Fadillah Yusof (GPS).
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Kanan (Pendidikan): Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu).
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Menteri Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu).

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno).
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba.
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

1. Agama – Senator Idris Ahmad
2. Undang Undang – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
3. Ekonomi – Mustapha Mohamed
4. Sabah Dan Sarawak – Dr Maximus Johnity Ongkili
5. Tugas Tugas Khas -Abdul Latif bin Ahmad

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong
Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun
Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba
Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin
Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man
Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim

Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Marican Naina Merican
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri
Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique
Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu
Menteri Sumber Manusia: S Saravanan

Sumber:maIaysiakini