Jelas Nampak Dia Menyusur, Lihat Rakaman Penampakan Ular Sawa Gergasi Sepanjang Lapan Meter

Penduduk di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan dikejutkan dengan video ular sawa raksasa yang tular di media sosial.

Tribunnews melaporkan ular sepanjang antara tujuh hingga lapan meter itu ditemui di sebuah kebun dan sedang menyusur masuk ke dalam hutan.

Perkara itu disahkan ketua kampung, Witono yang memaklumkan mengenai perkara itu kepada media tempatan.

” Lokasinya di sekitar lombong. Jarak dengan rumah penduduk kira-kira satu kilometer. Ular berkenaan panjang sekitar lapan meter,” katanya.

Menurutnya, video berkenaan diambil oleh seorang pemancing dari Sungaidanau, Kabupaten Tanahbumbu dua minggu lalu.

Witono berkata, pemancing itu hanya sempat mengambil video berkenaan selama beberapa saat kerana bimbangkan keselamatan.

Beliau turut menerangkan video tersebut diambil oleh seorang pemancing dari Sungaidanau, Kecamatan Satui, Kabupaten Tanahbumbu (Tanbu), sekitar 2 minggu yang lalu.

” Namanya saya tidak tahu, nombor telefonnya juga tidak sempat saya tanyakan,” kata Witono.

Berdasar pertuturan pemancing tersebut, kata Witono, pengambilan video ular tersebut tidak sempat diambil lama.

” Karena takut-takut juga kan. Setelah sebentar mengambil vdeo, dia lalu bergegas pergi,” katanya.

Ditanya adakah penduduk kampung berasa takut sebaik rakaman tersebut tersebar, Witono mengatakan mereka biasa-biasa saja dan tidak terlalu risau.

Alasannya kerana selama ini penduduk sering kali ternampak ular sawa sewaktu berkebun dan meskipin memang ular yang dijumpai hanya ular kecil termasuk sawa.

Penampakan ular sawa ‘raksasa’ itu pun, tambah Witono, bukan perkara baru bagi penduduk sekitar.

” Dulu ketika orang kebanyakan kita juga pernah melihatnya di kebun. Ya mungkin kerana kebun dinaiki air akibat banjir dalam satu meter sehingga ular itu pun berusah mencari tempat yang selesa,” katanya.

Adakah selama ini ada haiwan ternakan yang hilang dimakan ular itu?

” Tidak ada, Alhamdulillah setakat ini tiada dan aman-aman saja,” kata Witono.

Tambah Witono lagi, pihaknya akan berkomunikasi dengan pihak polis dan juga jabatan pertahanan awam bagi menangkap ular sawa tersebut.

Ular sawa terbesar Borneo bukan sekadar mitos, pernah ditangkap di Sarawak

Sementara itu, kisah mengenai ular sawa gergasi yang dikatakan banyak ditemui di Borneo, termasuk Kalimantan dan hutan di Sarawak bukan sekadar mitos.

Pada Januari 2020, sekumpulan juruukur tanah berdepan detik mencmaskan apabila menjumpai seekor ular sawa sepanjang kira-kira sembilan meter yang dianggarkan seberat satu tan di hutan Tanjung Lutong, Lingga dekat Sri Aman.

Rakan seorang daripada juruukur terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul memberitahu langkah keselamatan terpaksa diambil kerana khuatir reptilia tersebut akan mengncam ny4wa mereka.

” Ular tersebut ditemui di laluan yang digunakan mereka untuk ke lokasi mereka melakukan kerja-kerja menyukat tanah.

” Disebabkan itu mereka terpaksa membvnuh ular tersebut kerana khuatir akan mengncam ny4wa mereka sendiri, tambahan ular tersebut terlalu besar,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Tambahnya juga, kumpulan juruukur tersebut adalah terdiri daripada sembilan orang lelaki yang bekerja untuk sebuah syarikat swasta.

” Buat masa ini, mereka tidak dapat dihubungi kerana kawasan mereka berada tiada liputan telekomuniksi,” jelasnya.

Menurutnya juga, bngkai ular tersebut juga dikubvrkan di dalam hutan berkenaan.

Sementara itu, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif mahu siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Beliau yang juga pengerusi Sarawak Forestry Corporation (SFC) memberitahu ular sawa merupakan spesies tera.ncam, dan jika ditemui m4ti maka ia perlu diawet.

Katanya, beliau sedar kehadiran ular sawa itu mendatangkan dilema kepada juruukur tersebut namun memandangkan ia adalah spesies terancam, kjadian itu harus disiasat oleh SFC.

” Ini (ular sawa dalam video) mungkin ular sawa terbesar pernah ditangkap atau dilihat di Malaysia jika tidak di dunia. Jika ia masih hidup kita perlu menjaganya.

” Jika ia sudah m4ti, maka kita perlu mengawetnya,” katanya lagi.

Sumber:hmetro dan utusan borneo