Terjawab Persoalan Ibu Bapa Mengenai Sesi Persekolahan 3 Oktober Ini. KPM Akhirnya Umum Keputusan Ini

PeIajar yang bakal kembali mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka mulai 3 Oktober ini tidak diwajibkan memakai pakaian seragam ke sekolah, ujar Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Radzi berkata, para pelajar sebaliknya boleh memilih untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

” Kita sedar bila buka sekolah mungkin baju dah ketat sebab lama berada di rumah, maka oleh demikian murid dibenarkan memakai pakaian sesuai, kemas dan sopan, sekiranya seragam tidak lagi sesuai dipakai.

” Ini kerana semangat kita untuk membawa anak-anak kembali ke sekolah, bukan nak denda mereka, seboleh-bolehnya dapat kembali ke sekolah,” katanya dalam sidang akhbar pada Ahad.

Terdahulu, Dr Radzi mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan dilakukan secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober.

Menurutnya, kapasiti kehadiran murid ke sekolah ditetapkan 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Ujarnya, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19 manakala 50 peratus lagi akan membuat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Langkah itu juga bagi memudahkan pengawalan murid dan guru dalam mematuhi prosedur operasi standar (SOP) ditetapkan.

Sesi persekolahan dilanjutkan sehingga Mac 2022

Sementara itu, sesi persekolahan untuk tahun 2021 dilanjutkan sehingga Mac 2022, demikian menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menerusi sidang media pada Ahad, beliau berkata pelajar akan kekal dalam tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari 2022.

Ini bermakna, murid Tahun Satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.

” Anak-anak akan kekal dalam kelas sama sehingga Februari 2022. Misalnya murid tahun enam akan masuk ke tingkatan satu pada Mac tahun depan.

” Tempoh perlanjutan ini bagi melihat tahap penguasaan murid dan apakah sokongan atau dokongan yang mereka perlukan.

” Untuk murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan yang masih lemah, maka fokus pada waktu itu adalah melaksanakan program intervensi bagi membolehkan mereka menguasai tahap minimum sebelum naik ke kelas berikutnya.

” Untuk murid-murid yang cemerlang, tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka bagi membantu mereka naik ke tahun berikutnya dalam suasana mereka dapat kuasai topik-topik yang sepatutnya telah dikuasai.

” Ini satu anjakan baru dalam konteks kami di KPM menangani masalah atau keadaan di mana sebahagian daripada murid-murid kita tak dapat mengikuti PdPR dengan baik,” katanya.

Menyentuh berkaitan pengoperasian, Dr Radzi berkata pembukaan semula sesi persekolahan dilakukan secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober.

Menurutnya, kapasiti kehadiran murid ke sekolah ditetapkan 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Ujarnya, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19 manakala 50 peratus lagi akan membuat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Langkah itu juga bagi memudahkan pengawalan murid dan guru dalam mematuhi prosedur operasi standar (SOP) ditetapkan.

” Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bergilir setiap minggu.

” Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sekolah di negeri Fasa 1 PPN tidak dibuka dan murid akan meneruskan PdPR

Sumber:mstar dan hmetr0