
Tokoh ulama Kedah, Datuk Ahmad Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Pak Teh, 96, meninggI dnia di Hospital Kuala Nerang hari ini akibat jngkitan paru-paru.
Menurut anaknya, Wan Najidah Ahmad, 46, Allahyrham menghembvs nfas di sisi dua doktor yang merawatnya pada pukul 12.57 pagi.
” Doktor beritahu ada jangkitan pada paru-paru arwh. Ayah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas dan kesihatannya meroso.t walaupun kum4n di paru-paru sedikit sahaja. Tuhan lebih sayangkan arwh, kami reda.
” Arwh akan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Padang Gelanggang Kuala Nerang hari ini dan pengebvmian akan diuruskan oleh pihak hspital,” katanya di sini hari ini.
Kata Wan Najidah, anggota keluarganya reda kerana tidak berpeluang menguruskan pengebvmian tersebut memandangkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.
” Saya harap semua doakan permudahkan urusan ayah saya. Kami sekeluarga reda kerana sejak dibawa ke hospital Jumaat kami langsung tidak boleh ziarah arwh. Kebvmi pun hspital akan uruskan,” katanya.
Bercerita lanjut katanya, Allahyrham sempat meminta kakitangan hspital mengurusnya untuk solat Isyak sebelum tidur semalam.
” Arwh suka solat walaupun tak sihat ayah akan solat dengan sempurna iaitu berdiri. Cuma bila keadaan kesihatannya makin tidak baik ayah akan solat duduk.
” Semalam ayah sempat solat sehingga hujung ny4wanya, “ katanya.
Ahmad meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Salehah Wan Ibrahim, 83 dan 10 anak.
Dilahirnya pada 16 November 1925 di Kampung Tanjung Mukim Padang Terap, Allahyrham merupakan Pengasas Maktab Mahmud Padang Terap dan Pondok Ahmadiah di sini.
Allahyrham mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Terap; Madrasah Sa’adatun Daroian, Merbok; Pondok Pulau Rotan, Nako Nambua; Madrasah Al-Islamiah, Gajah M.ati dan Madrasah Soulatiyyah, Mekah.
Antara gurunya ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok (Pondok Merbok), Tok Mogoi (Pondok Mogoi), Tuan Guru Pak Chu Him iaitu bapa mentuanya (Pondok Gajah Mati) dan Pak Da Eil Mekah.
Kemudiannya, Pak Teh Mad kembali ke tanah air dan mengasaskan sekolah pondok pada 1961.
Kehilangan Allahyrham disifatkan kehilangan besar dalam institusi keagamaan negara apabila Ahmad menabur bakti sehingga hujung nyawanya di madrasah berkenaan.
Sementara itu, seorang anak murid Allahyrham, Mohd Najib Ghazali, 43, berkata, gurunya itu tidak pernah mengeluh ketika diuji mahupun ketika sak1t sehingga orang yang menjaganya tidak merasa tertekan atau susah.
” Saya tinggal dan belajar di pondok ini sejak usia 7 tahun bersama moyang dan nenek saya, Allahyrham sentiasa berpesan supaya saya dapat menjaga pondok selain mengambil lebih ramai pelajar untuk mendalami ilmu agama di situ.
” Beliau juga sering menasihatkan saya supaya tidak sombong dan sentiasa merendah diri, Allahyrham seorang yang sangat penyayang termasuklah kepada haiwan.
” Sifat Almarhum Tuan Guru amat penyayang kepada murid-murid dia, kepada anak-anak (dan) cucu-cucu dia. Almarhum orang yang sangat sabar, seorang yang sangat rendah diri, sangat tawaduk.
” Almarhum selalu memberi pesanan kepada anak-anak murid dan juga orang-orang yang menziarah beliau semasa dia masih sihat dan juga semasa dia dalam keadaan sakit sekali pun,” kata Mohd Najib yang turut menyifatkan Allahyrham Tok Guru Pak Teh Mad seorang yang sangat tegas dalam mendidik.
Sementara itu, anak keempat Allahyrham, Wan Mohd Assamudin Ahmad, 58, berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian bapa mereka.
Bagaimanapun, Wan Mohd Assamudin bersyukur kerana ibunya berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hspital sejak Jumaat lalu.
Wan Mohd Assamudin memaklumkan, dia dan adik-beradik lain akan memegang amanah Allahyrham bapa mereka untuk meneruskan operasi Pusat Pengajian Pondok Ahmadiah.
Beliau yang juga bekas pensyarah pengajian bahasa Arab di Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) yang kini dikenali Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berkata, selama ini beliau sememangnya terlibat secara langsung dengan pusat pengajian itu.
” Dari segi pengurusan (Pondok Ahmadiah) saya yang atur, dari segi mengajar adik-adik saya yang mengajar. Insya-Allah kita akan meneruskan sistem ini, meneruskan perjuangan Allahyrham mengikut era zaman sekarang,” kata Wan Mohd Assamudin.
Sumber:utusan dan hmetr0