Selepas IqbaI Cmpak Duit Depan Wartawan Smbil Cakap ‘Aku Kaya, Aku Taknak Duit Org’, Sekali Ini Terjadi

” Saya kena macam ni ke? Untuk ntizen saya kena macam ni.. okay aku kaya, aku taknak duit dorang!”

Demikian kata-kata usahawan Ahmad IqbaI Zulkefli sambil mencampakkan duit ke lantai di depan wartawan selepas b3ngang sering dilabel sengaja ‘menghimpit’ Datuk Seri Vida.

Ia susulan keputusan IqbaI untuk menjadikan Vida sebagai isteri dibuat main-main oleh orang ramai, malah ditudvh pula mahu menumpang kekayaan jutawan berstatus ibu tunggal berkenaan.

Menerusi pertemuan dengan mStar, IqbaI, 27, akhirnya terpaksa ‘flex’ atau menunjukkan kekayaan bagi membuktikan yang dia juga berkemampuan.

” Sampai bila, saya perlu buat macam ni ke? Nahh aku kaya, aku bukan nak duit orang.. (sambil memcampakkan duit kepuk-kepuk di depan wartawan).

” Nak ajar orang sampai macam tu ke? Saya bukan orang macam ni.. saya pun ada maru4h.. nak khwin perlu harta sahaja ke?

” Saya ger4m bila orang cakap saya macam-macam.. sampai saya nak buat bisnes pun cakap saya nak duit orang.. Ini duit saya sendiri, saya cari sendiri.. Saya tak pernah berhutang.

” Susahnya saya dahulu kerja basuh pinggan tak pernah minta duit orang.

IqbaI memang buktikan dia mempunyai kewangan sendiri dan tak mengharapkan sesiapa.

Kenali siapa IqbaI

Belajar dalam Diploma bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), namun Ahmad IqbaI Zulkefli atau lebih mesra dengan nama IqbaI, 27, meneroka dunia perniagaan.

Malah dia yang turut menimba pengalaman sebagai pembantu peribadi usahawan sensasi, Datuk Seri Vida selama empat tahun kini menguruskan dua rangkaian perniagaan Iba Skin Care dan Iba Perfumes.

Memasuki tahun keempat dalam dunia niaga, dia baru baru ni tular di media sosial apabila membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai.

Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 dan jam kedua, bernilai RM150,000.

Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf melayannya.

” Saya menerima kecaman bertalu talu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

” Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.

” Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial,” katanya.

Tegas anak ketiga daripada lapan beradik daripada Pasir Mas, Kelantan ini, dia seboleh bolehnya mahu menyembunyikan ‘kemewahan’ yang dimiliki.

” Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

” Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

” Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil.

” Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan. Saya juga tak pernah main main selama ini saat menceburi dunia perniagaan,” katanya.

Mengimbas kembali awal kembara niaganya bermula dengan bermodalkan RM500 saja.

” Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli seah RM160,000 berjaya dikumpul.

” Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

” Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta.

” Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya.

Sumber:mstar