Semasa

FELDA yang pernah diusahakan pihak Universiti

TuIisan ini penghargaan bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Terima kasih pimpinan awal negara berusaha keras meletakkan batu asas institusi ini begitu bermakna kepada majikan dan pekerja swasta.

Adalah khas dua halaman diterbitkan BH pada 1 Oktober lalu mencitrakan rumusan menyeluruh mengenai sejarah, kepentingan dan usaha usaha semasa institusi ini kepada majikan pekerja. Rumusan tidak terhad sekadar bernostalgia sejarahnya.

Malah mengingatkan kepada majikan dan pekerja untuk menunaikan kewajipan dengan mencarum demi memastikan kebajikan banyak pihak dapat dilaksanakan.

lsu majikan culas daripada menunaikan kewajipan mencarum dengan PERKESO masih berlaku. Maka, maklumat diusahakan BH dapat membuka mata banyak pihak kerana hanya mereka berinsurans sahaja layak menerima manfaat daripada kemudahan disediakan PERKESO.

Sebagai pengamal bidang sumber manusia, sudah tentu penulis terbabit langsung sebagai pemudah cara dalam urusan tuntutan kmIangan di tempat kerja dan perkara berkaitan.

Dalam pengalaman penulis berurusan dengan petugas PERKESO cawangan Negeri Sembilan misalnya, mereka begitu mesra, cekap dan telus dalam memberi panduan serta bimbingan dalam memahami syarat utama dalam permohonan tuntutan pekerja.

Perkara terpenting dalam perihal ini ialah ketelusan kita menyediakan dokumen sokongan seperti urusan permohonan tuntutan kmIangan.

Dalam urusan sebegini, pemohon perlu menyediakan sijil cuti sakit, salinan slip gaji, surat pengesahan majikan, laporan polis, salinan kad pengenalan dan surat pengesahan doktor.

Tambahan pula, sekiranya terdapat pekerja diduga dengan kmIangan jalan raya menyebabkan kecederaan serius hingga terpaksa bercuti lebih sebulan yang menjejaskan daya pergerakan fizikal, institusi ini mempunyai Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka.

Pusat rehabilitasi bertaraf antarabangsa ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu orang berinsurans mendapatkan khidmat rehabilitasi bagi memastikan peluang mereka bekerja semula dapat dicapai.

Selaras perkembangan digitalisasi, PERKESO membangunkan portal penting MyAssist memudahkan lagi urusan pendaftaran dan semakan hal ehwal pekerja secara maya. Malah, portal ini turut menyimpan salinan surat daripada PERKESO yang pasti memudahkan lagi urusan majikan dalam mengarkibkan dokumen.

Gelombang pandemik COVlD-I9 menyerlahkan lagi peranan PERKESO sebagai institusi penting dalam memanjanghayatkan kerjaya seseorang pekerja. Program Subsidi Upah (PSU) misalnya membabitkan perbelanjaan lebih RM15 bilion menyelamatkan majikan dan pekerja terjejas akibat dugaan ini.

Program ini tentu memberi manfaat kepada majikan agar dapat meneruskan operasi perniagaan. Malah, pekerja pula dapat terus mencari mata pencarian pada era ekonomi tidak menentu ini.

Pada hemat penulis, sumbangan besar PERKESO dalam menjaga kebajikan pekerja ini membuka ruang kepada pengkaji dan sarjana di universiti untuk membuat kajian lanjutan, termasuk buku ilmiah dengan memuatkan kandungan tujuan, sejarah penubuhan, sumbangan dan cadangan penambahbaikan institusi ini.

Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) melahirkan cerdik pandai profesional bidang sumber manusia mungkin boleh mempertimbangkan cadangan ini. Usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan universiti-industri dalam memahami realiti dan perkembangan sebenar bidang kerja dari aspek kebajikan.

Usaha sebegini dilakukan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELDA yang pernah diusahakan sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penerbitan sebegini akan memberi nilai tambah kepada imej PERKESO sebagai agensi kerajaan berwibawa dan berjasa.

Maka, maklumat diusahakan BH dapat membuka mata banyak pihak kerana hanya mereka berinsurans sahaja layak menerima manfaat daripada kemudahan disediakan PERKESO.

PERKESO membangunkan portal penting MyAssist memudahkan lagi urusan pendaftaran dan semakan hal ehwal pekerja secara maya.

Sumber: