Tndakan Terbaru KPDNHEP Bakal Buat Pemilik Restoran Yg Jual IkanSiakap Harga TakMasuk Akal Terdiam

Isu berkenaan masakan ikan siakap yang berharga ‘kayangan’ yang tular di media sosial dan hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari lalu.

Ada yang menuding jari pelanggan dan ada yang menyaIahkan pemilik restoran serta mahu pihak berwajib mengambil tndakan.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah Sksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

” Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

” Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata saIah atau tidak.

” Sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.

Mengulas itu sama, Mohd Shahran berkata, sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.

” Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

” Dalam masa sama kita minta aduan terus dilakukan kepada KPDNHEP untuk mudahkan penguatkuasa mendapatkan maklumat terperinci daripada pengguna itu sendiri.

” Sekiranya ditularkan dalam media sosial sahaja maka kita terpaksa mencari individu terbabit menerusi media sosial dan terpaksa menunggu jawapan daripadanya sebelum kita perolehi maklumat lanjut,” katanya.

Kenyataan pemilik restoran

Sementara itu pemilik restoran terbabit tampil memberi penjelasan susulan isu masakan ikan siakap yang berharga ribuan ringgit yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

” Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

” Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

Dia berkata demikian ketika dihubungi hari ini untuk menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya di sini, semalam.

Satu resit dimuat naik individu sebelum ia tular di media sosial yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit turut mendakwa ada menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Sumber:hmetr0