
” Tak perlu nak rasa marah atau sebagainya..”
Itu penjelasan pihak Produksi Studio Kembara yang menerbitkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mengesahkan tiada keperluan buat masa ini untuk berjumpa wakil dari Persatuan SlKH Malaysia yang mendak-wa kontr0-versi dicetuskan filem terbabit.
Menurut Pengarah Urusannya, Abdul Rahman Mt Dali, 62, beliau tidak terfikir lagi untuk berbuat demikian memandangkan apa yang dipaparkan dalam filem ini berdasarkan fakta.
” Pertamanya, ini ialah fakta sejarah yang tak dapat dinafikan. Jadi macam mana kita nak buat filem kalau bukan begitu kita gambarkan.
” Takkan saya nak letak askar MeIayu atau lnggeris (dalam babak terbabit).
” Itu lagilah satu penipuan sejarah. Semua orang kena terimalah hakikat apa yang berlaku dalam sejarah. Jadi tak perlu nak rasa marah atau sebagainya.
” Kalau nak marah, bukan marah kepada kita (orang MeIayu) atau saya tapi kepada orang lnggeris,” katanya kepada HarianMetr0.
Abdul Rahman berkata, keduanya filem adalah hiburan dan orang rasional tidak akan merasa ia sebagai satu perkara yang boleh membangkitkan perpecahan kaum atau sentimen dan sebagainya.
” Ia sama juga seperti Hollywood gambarkan pihak-pihak mereka yang kadang-kadang tak betul pun,” katanya.
Terdahulu, tular isu kekesalan Persatuan SlKH Malaysia berhubung watak askar British daripada kaum SlKH yang dikatakan boleh mewujudkan salah faham terhadap agama dan kaum dalam negara yang dipaparkan menerusi filem arahan Syamsul Yusof ini.
Dalam satu kenyataan di Facebook, mereka seolah-olah kecewa apabila filem terbabit mempamerkan kaum dan agama lain seperti SlKH sebagai penjahat.
” Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. .
” Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum,” kata mereka.
Turut dipersoalkan babak askar SlKH yang bertindak kasar dengan mencede-rakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.
” Bahagian itu ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik.
” Kod amalan SlKH meIarang melakukan kekera-san ke atas orang tua, kanak-kanak, wanita dan golongan yang tidak berdaya walaupun sewaktu berper4ng,” kata mereka.
Menurut mereka, babak kntroversi dalam filem itu menyebabkan mereka kurang senang dengan sentimen dipaparkan walaupun hanya rekaan.
” Kami dengan rendah hati menggesa industri filem Malaysia untuk tidak menghasilkan filem yang mempunyai sentimen agama dan kaum.
” Sekali gus berpotensi menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum.” katanya lagi.
Dalam pada itu, mereka secara khusus membangkitkan paparan orang SlKH sebagai askar British yang mencede-rakan orang tua, kanak-kanak dan orang tidak berdaya dalam filem tersebut.
” Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik.
” Walaupun babak kontr0-versi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malahan melukakan kami,” kata mereka.
Menurut United SlKH Malaysia, kod amalan agama SlKH meIarang penganutnya menggunakan kekera-san terhadap orang tua, kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdaya, walaupun ketika perang.
Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mula ditayang di layar perak pada 23 Jun lalu. Naskhah itu diilhamkan dari tokoh pejuang kemerdekaan, Mat Kilau yang menentang penjajah British di Pahang.
Karya itu menampilkan Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As’ari sebagai pelakon pembantu.
Idea untuk filem itu mula diutarakan pada 2017 dengan penggambaran dijalankan pada 2018 dan selesai pada 2021.
Filem arahan pengarah muda yang juga anak kepada Dato’ Yusof Haslam yang ditayangkan sejak 23 Jun lalu itu kini memasuki 17 hari tayangan dan berjaya mengaut kutipan RM61 juta setakat ini.
Sumber:hemtr0 dan malaysiakini