Bukit Sentosa Kini Dh Macam Apa, WargaAsing Siap Buka Kedai Mniaga Mcm2. Rupanya Ini Taktik Dorang Guna

” Kini keadaan semakin berbeza apabila lokasi kediaman itu turut dihuni warga BangIadesh, R0hing-ya, NepaI, lndonesia dan pelbagai wargaAsing dari pelbagai negara..”

Demikian berlaku, mereka bukan lagi golongan minoriti apabila kehadiran terlalu ramai wargaAsing pelbagai negara di Bukit Sentosa di sini, mengubah landskap kawasan itu menjadi tanah jajahan golongan pendatang ini.

Tidak hanya membabitkan isu kediaman, malah hampir semua sektor perniagaan dikuasai golongan ini yang mendominasi lot-lot kedai di kawasan berkenaan.

SaIah seorang penduduk di Bukit Sentosa yang enggan dikenali berkata, kawasan itu pernah mendapat jolokan ‘Little Karachi’ apabila dipenuhi ramai warga Pakistan beberapa tahun lalu.

Siap buka macam-macam bisnes

Katanya, pernah wujud perkampungan Pakistan yang dilengkapi sekolah dan kediaman namun bilangan wargaAsing itu berkurangan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan ke atas mereka.

” Kehadiran wargaAsing di sini tidak ubah ibarat perkampungan asal mereka.

” Ia tambah meriah ketika cuti hujung minggu apabila kawasan ini dipenuhi wargaAsing yang berkumpul dan melepak di dataran berhampiran.

” Mereka bukan hanya bekerja kilang, malah ramai yang mengembangkan perniagaan dengan membuka kedai runcit dan kedai pakaian.

” Terdapat berpuluh kedai runcit dan pelbagai perniagaan lain dikendalikan wargaAsing .

” Saya tidak pasti sama ada mereka hanya pekerja atau pemilik namun berdasarkan pemerhatian.

” Saya mengesyaki pemilik lesen perniagaan warga tempatan menyewakan lesen itu kepada mereka,” katanya ketika ditemui Harian Metro semasa membuat tinjauan di sekitar kawasan Bukit Sentosa di sini.

Menurutnya, kegiatan ‘ali baba’ dengan menyewa lesen perniagaan kepada wargaAsing menyebabkan golongan ‘tauke pendatang’ ini semakin bermaharajalela.

” Bukan hanya kedai runcit, malah mereka memiliki kedai menjual telefon pintar, bengkel membaiki kenderaan, kedai jahitan, premis membasuh kenderaan, kedai membaiki barangan elektrik dan pelbagai premis lain,” katanya.

Guna taktik tak letak papan tanda elak premis diserbu

Hulu Selangor: Tiada papan tanda premis perniagaan hampir di setiap kedai diusahakan oleh kumpulan wargaAsing di sekitar Bukit Sentosa di sini.

Malah, menguatkan lagi dakwaan premis itu dimiliki wargaAsing apabila ia dikendalikan majoriti golongan pendatang sepenuh masa.

Berdasarkan tinjauan dilakukan wartawan, hampir kesemua premis berkenaan menggantung lesen perniagaan dimiliki dan didaftarkan atas nama warganegara Malaysia namun disyaki disewakan kepada wargaAsing terbabit.

Wartawan yang melakukan penyamaran di kawasan itu mendapati wargaAsing dari BangIadesh, Myanmar dan Pakistan mengendalikan beberapa perniagaan seperti kedai runcit, kedai baju serta kedai peralatan beg.

Bagi mengelak disyaki, wartawan turut menyamar sebagai pelanggan dan masuk ke dalam beberapa kedai runcit di kawasan itu.

Hasil pemerhatian dilakukan mendapati terdapat pekerja wargaAsing di kaunter kedai runcit dan di dalam kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.

Ada beberapa premis kedai runcit dikendalikan wargaAsing ini tidak mempunyai papan tanda khusus dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa.

Kehadiran ramai wargaAsing di kawasan itu selain permintaan terhadap barangan makanan dari negara asal menyebabkan perniagaan dijalankan mendapat sambutan.

Salah seorang pemilik kedai runcit dipercayai etnik R0hing-ya turut mendakwa ibunya adalah warga Malaysia berasal dari utara tanah air.

Dia yang fasih berbahasa Melayu itu turut menjual barangan runcit termasuk minuman dan makanan diimport dari BangIadesh dan Myanmar.

Untuk rekod, Jabatan Imigresen Putrajaya sudah menyerbu premis kedai runcit di sekitar Bukit Sentosa di sini tahun lalu.

43 premis disyaki disewakan kepada wargaAsing

Hulu Selangor: Tindakan pembatalan lesen akan dilaksanakan mengikut Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 sekiranya benar pemegang lesen menyewakannya kepada wargaAsing .

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd Hasry Nor Mohd berkata, pemantauan terhadap isu ini sudah dilaksanakan secara bersepadu bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Negeri Selangor dan juga Jabatan MPHS mulai 2019 lagi.

Menurutnya, daripada pemantauan yang dilaksanakan, sebanyak 43 premis disyaki disewakan kepada wargaAsing di kawasan Bukit Sentosa.

” Statistik dan pecahan aktiviti perniagaan yang dikenal pasti membabitkan tindakan terhadap 22 kedai runcit, pasar mini dan pasar raya, restoran (3), kedai jahit (2), kedai karpet (3), kedai perabot (2), kedai gunting rambut (3), kedai barang elektrik (1), kedai mencuci kereta (2), hotel (1), kedai pakaian (2), lain-lain (1) dan sekolah haram Pakistan (1).

” Daripada 43 premis ini, dua premis kedai runcit dibatalkan lesen perniagaannya kerana pemilik premis ‘mengalibabakan’ lesen dikeluarkan MPHS kepada mereka.

” Di samping itu, dua premis yang menjalankan aktiviti sekolah persendirian dan hotel bajet juga menghentikan perniagaannya sebaik sahaja operasi bersepadu dilaksanakan bersama PDRM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan agensi berkaitan ke atas premis itu,” katanya kepada Harian Metro.

Mohd Hasry berkata, hasil pemeriksaan terperinci, pemilik premis perniagaan atau pemegang lesen membuat akuan bersumpah dan mengemukakan bukti kepada MPHS yang mereka sememangnya mengajikan ke semua pekerja asing berkenaan.

” Jabatan Imigresen juga dari semasa ke semasa membuat semakan dan pemantauan terhadap premis yang dikenal pasti ini.

” Sementara itu, pemeriksaan lesen perniagaan juga selesai dilaksanakan di kawasan Bandar Bukit Sentosa pada bulan Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 447 premis perniagaan dan perindustrian diperiksa dan daripada jumlah itu, 357 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

” Jika benar pemegang lesen menyewakan lesen kepada wargaAsing, tindakan pembatalan lesen akan dilaksanakan mengikut Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.

” Seandainya pemilik premis masih meneruskan perniagaan di lokasi berkenaan, tindakan sitaan akan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 dan 38(1), UUK Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007,” katanya.

Sumber:hmetr0