
Bagi peminat bola sepak pastinya mengenali Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dan juga terkaya di dunia.
Menurut petikan artikel sebuah portal sukan popular di Sepanyol, bekas penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, 37, dinamakan sebagai pemain bola sepak terkaya dengan nilai bersih dianggarkan hampir USD1 bilion.
Ronaldo memperolehi pendapatan sebanyak USD70 juta setahun hanya menerusi gajinya sebagai pemain bola sepak di Manchester United.
Namun sebahagian besar pendapatannya diperolehi menerusi penajaan oleh Nike dan juga perniagaannya menerusi jenamanya sendiri, CR7.
Manakala Lionel Messi pula dinobatkan sebagai pemain bola sepak kedua terkaya. Messi dianggarkan mempunyai nilai bersih lebih USD600 juta dolar selepas 20 tahun berhijrah dari Rosario ke Barcelona.
Dia kini memperoleh gaji besar USD75 juta setahun bersama kelab PSG, lebih tinggi dari gaji tahunan Ronaldo.
Faiq Bolkiah dari Brunei jauh lagi kaya
Namun begitu, sekiranya harta peribadi termasuk harta keluarga diambil kira, jangan tak percaya takhta pemain terkaya di dunia akan menjadi milik pemain yang berasal dari Asia Tenggara.
Gambar: Faiq Jefri Bolkiah anak saudara Sultan Brunei.
Dengan anggaran kekayaan mencecah RM87 bilion, Faiq Jefri Bolkiah adalah pemegang rekod pemain bola yang paling kaya di dunia.
Siapakah beliau? Adakah setanding bintang bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi ataupun Neymar.
Faiq yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Brunei pernah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City namun tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama.
Dia memulakan karier di usia muda yang dipilih Southampton pada 2009 untuk sertai akademi bola sepak terkenal itu.
Menariknya, beliau juga merupakan anak saudara kepada Sultan Hassanal Bolkiah dimana bapanya adik kepada Sultan Brunei.
Khabarnya, Faiq Bolkiah juga merupakan salah seorang pewaris takhta raja. Darah kerabat mengalir dari dalam dirinya walaupun pemuda berusia 24 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles.
Sementara itu, terbaru, Faiq Bolkiah telah berhijrah ke Thailand menyertai kelab Thai League, Chonburi FC setelah meninggalkan kelab Portugal, C.S. Marítimo ekoran jarang mendapat minit permainan bersama pasukan itu.
Pemain yang berusia 23 tahun itu turut mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa akademi ternama di Eropah seperti Southampton dan Chelsea sebelum ke Portugal menyertai Maritimo.
Rakan sepasukan dengan pemain dari Malaysia, Junior Eldstal.
Chonburi merupakan kelab Asia yang pertama disertainya dan beliau juga pemain pertama dari Brunei beraksi dalam Liga Thailand.
Malah, Faiq kini rakan sepasukan kepada pemain pertahanan dari Malaysia, Junior Eldstal.
Meskipun tidak berjaya di eropah, Faiq tekad membuktikan kemampuannya di Asia bersama Chonburi dan membantu kelab itu memenangi pelbagai trofi dalam saingan domestik pada masa yang akan datang.
Perpindahan itu menawarkannya talian hayat dalam kariernya selepas dilepaskan oleh pasukan Portugal, Maritimo pada akhir tahun 2021.
Meskipun Faiq bermula dengan cemerlang dan menerima anugerah pemain terbaik pelawanan sebanyak dua kali, malangnya dia gagal menjaringkan gol sepanjang 14 penampilan bersama kelab itu.
Pemain sayap itu juga tidak memperoleh masa permainan yang maksimum di mana lima daripada penampilannya bermula dari bangku simpanan, manakala dia dikeluarkan pada separuh masa selepas membarisi kesebelasan utama dalam dua perlawanan.
Dalam perlawanan terbaru di mana Chonburi tewas 1-4 kepada Pathum United, dalam perlawanan terakhir mereka musim ini, menyaksikan kelab itu menamatkan saingan liga di tempat ketujuh.
Sejak itu, dia menulis di Instagram, “Terima kasih peminat atas sokongan anda musim ini. Anda sangat luar biasa”.
Untuk info, bapa kepada Faiq iaitu Jefri Bolkiah mempunyai 2,300 buah kereta koleksi dan kebanyakannya adalah jenama mewah seperti Ferrari, Bentley hingga Rolls Royce.
Justeru, tidak pelik sekiranya dia dikatakan pemain bola sepak terkaya di dunia.
Faiq ialah anak saudara Sultan Brunei berusia 24 tahun, yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan £16 bilion (RM87.6 bilion).
Sumber:remaja.my, football-espana, hmetro