Pernah Kerja Kutip Bola Tenis, Ini 10 Rahsia Dan Fakta Mengejutkan Ramli MS Yg Ramai Tak Tahu

Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Tok Ram, 64, merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia.

Sebut saja namanya, pasti ramai yang akan mengaitkan beliau dengan program realiti terbitan Astro, GegarVaganza.

Lahir pada 17 November 1958, pasti ramai yang bersetuju bahawa Tok Ram kini semakin diminati kerana keperibadian beliau yang suka bergurau lebih-lebih lagi jika disakat oleh hos popular, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

SebeIum ini Tok Ram pernah tampil dalam sebuah rancangan TV yang bertajuk Ini Kisahku terbitan Primework Studio di mana penonton dapat mendengar pengalaman beliau dan sekaligus mengetahu rahsia peribadi suami kepada penyanyi Alyah ini.

Memetik artikel dari portal hiburan terkenal, Murai MY, berikut 8 kisah latar belakang dan rahsia peribadi Tok Ram yang ramai tak tahu.

1) Pekerjaan Pertama Sebagai Pengutip Bola Tenis

Semasa beliau berusia 9 tahun, siapa sangka Tok Ram sudahpun mempunyai pendapatannya sendiri dengan bekerja sebagai pengutip bola Tenis di Singapura selama 1 tahun.

Menurut Tok Ram, dia menerima gaji harian sebanyak RM1.50 dan itu adalah pekerjaan pertamanya sepanjang hidup.

2) Pernah Bekerja Sebagai Buruh Kasar

Demi menyara kehidupan keluarganya yang agak susah, pada ketika usia menjangkau 10 tahun Tok Ram pernah bekerja sebagai buruh kasar dengan memperoleh pendapatan sehingga 7 dollar sehari.

Menurut Tok Ram, pendapatan yang diterima pada masa itu dianggap cukup mewah.

3) Berhenti Sekolah Pada Usia 12 Tahun

Inilah dinamakan pengorbanan! Pada berusia 12 tahun , Tok Ram terpaksa melupakan zaman persekolahan di darjah enam kerana mahu membantu keluarga.

Keputusan ini dibuat olehnya Tok Ram sendiri kerana pada masa itu dia merasakan kos menyara persekolahan itu membebankan keluarganya.

” Memang saya tak nak sekolah, sebab saya nak tolong keluarga, saya rasa sekolah tu macam membebankan ibu bapa.

” Kami bukan orang senang! Saya rasa macam membebankan mereka untuk beli buku dan pakaian sekolah. Sebab itu saya bekerja untuk cari duit”- katanya dalam program TV tersebut.

4) Menceburi Bidang Muzik Ketika Bekerja Di Funfair

Ketika usianya meningkat remaja pada usia 17 tahun, barulah Tok Ram menceburi bidang muzik di mana pada masa itu dia bekerja di Funfair.

” Saya baru menceburi bidang muzik pada usia 17 tahun di Funfair. Bayangkan pada usia itu, saya sudah bekerja di Kuala Lumpur, kemudian ke Hong Kong, Taiwan dan Jepun”

5) Tidak Tegas Seperti Yang Disangka

Umum tahu yang sikap Tok Ram cukup tegas dan serius ketika menjadi juri dalam sesebuah program nyanyian.

Namun sebaliknya ketika bersama keluarga, Tok Ram dinilai begitu tegas seperti yang dilihat di kaca TV. Hal ini telah didedahkan oleh anak perempuannya, Nadiah Ramli.

” Bila dia buat show, selalunya orang akan cakap dia tegas dan garang.

” Tapi dekat rumah, taklah tegas sangat, dia selalu buat lawak. Kalau dia nak tegur pun, dengan lembut. Tak lah jerit-jerit !” – katanya

6) Meminati Yuna

Bila ditanya siapakah artis Malaysia yang dikagumi, Tok Ram menyukai penyanyi Yuna Zarai, yang kini sedang menempa nama di Amerika Syarikat.

Menurut Tok Ram, Yuna dianggap sebagai penyanyi era moden yang patut dicontohi oleh artis-artis di Malaysia.

” Di Malaysia ini, saya suka Yuna, dia penyanyi era moden yang kita patut ada 10 macam dia”- katanya

7) Bawa Ibu Bapa Menunaikan Haji & Umrah

Ibu Tok Ram, Puan Bibah Nasrun pernah mendedahkan bahawa Tok Ram merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Di kala sibuk mencari rezeki, Tok Ram tidak pernah melupakan keluarga.

Ibunya berkata, sebelum ini Tok Ram telahpun membawa kedua-dua ibu bapanya menunaikan umrah dan setahun kemudian mengerjakan Haji.

8) Beli Tiket Ke Makkah Sehari Sebelum Berangkat

Walaupun sudah berkunjung ke pelbagai negara di seluruh dunia, berada di Tanah Suci merupakan kenangan yang paling indah dan manis dalam kehidupannya.

Kenangan tak boleh dilupakan, pernah suatu ketika Tok Ram pernah menempah tiket penerbangan ke Makkah untuk menunaikan Umrah, 2 hari sebelum berangkat.

” Kenangan tak boleh dilupakan, pernah sekali, hari ini saya terfikir untuk pergi Umrah, esok beli tiket, dan lusa saya pergi”- ujarnya.

9) Siapa bekas isteri pertama Tok Ram

Mungkin ramai dah tahu, bekas isteri pertama Tok Ram yang bernama Jennifer Thompson merupakan orang kuat di belakang tabir, seorang yang dah lama dalam bidang industri seni juga.

Bukan calang-calang orangnya, Kak Jenn ini merupakan producer untuk rancangan Anugerah Bintang Popular selama 9 tahun dan Anugerah Indutsri Muzik Malaysia selama 15 tahun.

Jennifer Thompson juga bekas Pengurus Besar untuk Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia. Hebat betul.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang zuriat iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli.

10) Berkahwin dengan Alyah

Tok Ram telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Alyah pada 18 Mac 2013 tanpa liputan kepada media sebelum ikatan hubungan itu terbongkar setahun lima bulan kemudian.

Sumber:murai.my