‘Punyalah Kuat Suara Dia’ – Fedtri Yahya Trkedu Jumpa Min Malik Depan2, Siap Mitak Blanja Lagu Flora Cinta

” Dalam mesyuarat tadi, ada pegawai tentera duduk paling jauh tapi punyalah kuat suara dia..”

Demikian perkongsian pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya yang berkongsi pengalaman bertemu penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 90-an.

Berkongsi perkara itu di Instagram, Fedtri membuatkan ramai menggamit memori apabila dia berkongsikan rasa terkejut kerana terjumpa penyanyi lagu Flora Cinta iaitu Min Malik.

” Orang lain terpaksa guna mic. Dia tak perlu. Semulajadi kuat!”

” Rupa-rupanya… penyanyi lagu Flora Cinta! Sekarang sudah sepenuh masa sebagai penjawat awam. Pegawai tentera! Tahniah Min Malik.” tulis Fedtri.

Umum mengenali Min Malik yang mana lagu-lagunya yang terkenal ketika itu dan salah satu lagu yang masih sahaja menjadi ingatan ramai sehingga kini adalah Flora Cinta.

Min belanja lagu Flora Cinta

Lebih menarik perhatian, menerusi perkongsian berasingan, Min Malik sempat memenuhi permintaan Fedtri yang memintanya menyanyikan lagu Flora Cinta.

” Okay ini versi spontan Min Malik, all time favourite Flora Cinta… lagu ni dah berusia 27 tahun. Karya indah arwh Adnan Abu Hassan.” tulis Fedtri sambil berkongsi vdeo nyanyian Min Malik.

Ternyata suara Min masih merdu, masih tidak berubah seperti mana pertama kali beliau menyanyikan lagu itu.

Lantas vdeo itu meraih ratusan komen peminat termasuk rakan artis yang sebenarnya turut merindui nyanyian Min Malik.

” Maintain power madam..” tulis Azlan Typewritter.

” Dia malu pulak.. tkpa lah meh lah kami sambung..Sempadan cinta pun terbuka Flora cintaku pun berbunga..Menjadi haruman wangian cinta Selama-lama…” tulis Faezah Elai.

Pernah ditawarkan masuk GV sebanyak 4 kali

Dalam pada itu, kongsi Fedtri Yahya turut berkongsi bahawa penyanyi berkenaan pernah ditawarkan menyertai rancangan Gegar Vaganza namun sibuk dengan kerjayanya itu.

” Katanya dah 4 kali ditawar sertai GV tapi sibuk sebagai penjawat awam” tulis Fedtri.

Untuk info, Min Malik merupakan adik kepada bekas pelakon dan pengacara Ary Malik yang meninggI dnia pada Februari 2017 ak1bat pnyakit knser.

Min yang merupakan artis kelahiran Loughborough. Leicestershire, England turut berkongsi kisah permulaan sebelum bergelar penyanyi

” Saya mendapat pendedahan awal menyanyi ini pada usia 10 tahun ketika menyertai Operafest Children Quire.

” Waktu itu saya berpeluang menjelajah banyak negara di Eropah untuk membuat persembahan antaranya di London dan Amsterdam.

” Pengalaman tersebut sekali gus mematangkan perjalanan karier saya sehingga terpilih menjadi penyanyi latar untuk persembahan pentas artis-artis popular tanah air, antaranya Datuk Nash, Aishah dan Maizura Hamzah,” katanya..

Katanya, dia sendiri tidak menyangka akan menjadi artis apatah lagi terjun ke dunia glamour.

” Kisah jadi artis ini sebenarnya kelakar juga. Ketika itu saya dan rakan-rakan pergi ke sebuah kelab di Taman Melawati.

” Waktu itu saya lihat ramai orang dan suasananya agak kecoh. Rupa-rupanya ada pertandingan karaoke. Rakan-rakan semua cabar saya masuk bertanding.

Mereka sanggup kongsi dan beri wang tunai RM50 jika saya berani sahut cabaran.

” Saya terus ke kaunter pendaftaran. Nasib baiklah boleh daftar secara walk-in, tetapi syaratnya kena menyanyi satu lagu Inggeris dan satu lagu Melayu.

” Jadi saya nyanyi lagu Antara Anyer dan Jakarta dendangan Sheila Majid dan lagu Hero nyanyian Mariah Carey.

” Bila umumkan keputusan saya tak dapat nombor pun. Tapi yang untungnya saya dapat RM50 kerana sahut cabaran rakan-rakan,” katanya tertawa.

Tetapi tuah datang tanpa disangka. Beberapa minggu selepas itu dia dihubungi seseorang yang menawarkan peluang kepadanya untuk menjadi artis rakaman.

Album pertama berjudul Flora Cinta akhirnya berjaya diterbitkan pada 1995, ketika dia berusia 17 tahun.

Dia tidak menyangka meniti populariti dalam waktu sesingkat itu apabila lagu-lagu dendangannya berjaya memikat hati pendengar.

Dahulu penyanyi dan pensyarah, kini Kapten di ATM

Menurut bekas pelajar jurusan Performing Arts, Kolej Tunku Abdul Rahman (ITAR) ini, keputusan meninggalkan bidang seni adalah tepat apabila dia mampu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajiannya ketika itu.

Bukan ingin memuji, tetapi ironinya bekas pensyarah Dasein Academy of Art ini dilihat memilih laluan tepat dalam mencorakkan kehidupannya.

Bakatnya sebagai tenaga pengajar cukup terserlah apabila ditawarkan menjadi pensyarah di University Of Delaware, Amerika Syarikat pada 2005 hingga 2006 sebelum pulang semula ke tanah air untuk menyambung kerjaya di tempat lamanya.

Pada 2010, dia kemudiannya menyertai Rejimen Askar Wataniah selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara tetap.

Dia yang kini berpangkat Kapten dalam Kor Perkhidmatan Am-Perhubungan Raya mengakui kerjayanya hari ini amat menggembirakan walaupun sentiasa berteraskan disiplin.

Sumber:utusan, trendingsangat

Kredit kepada penulis:Roshihan Annuar Yub