‘Ingat Dia Akan Letak Harga PotongKepala’ – Ayu Puteh Terkejut Dgn Bayaran Diminta Khatijah Tan

” Ingatkan dia akan letak harga  ‘potong kepala’!”

Demikian pendedahan penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh yang terkejut dengan harga rendah yang diletakkan pelakon veteran, Khatijah Tan untuk filem terbaharu terbitannya berjudul Saadiah : Bekal Kasih Merdeka.

Enggan mendedahkan harga yang diletakkan pelakon berkaliber itu, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh berkata, walaupun pernah menerima pelbagai penghargaan dan anugerah, tetapi Khatijah tidak berkira atau meletakkan harga tinggi untuk membintangi filem itu.

” Saya ingatkan bila mak (panggilan Khatijah) sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan pihak saya memang mahukannya dia akan letak harga ‘potong kepala’, tapi dia bukan macam itu seperti segelintir pelakon.

” Dia teruja kerana ini projek filem epik dan memegang watak Saadiah.

” Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Dia pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘roh’ untuk filem ini.

” Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, ia buat kami rasa kagum. Memang bakat mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon,” katanya.

‘Tutup mata’ dan berikan harga lain

Menurut Ayu, apabila melihat komitmen dan semangat Khatijah, dia sudah berbincang untuk memberikan bayaran yang lebih baik.

” Bila dia letak harga begitu, kami terkejut. Saya dan pengarah Ellie Suriaty saling memandang.

” Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada mak, kami ‘tutup mata’ dan berikan harga lain untuk dia. Ini kerana dialah yang menghidupkan keseluruhan cerita.

Pada awalnya dia letak sejumlah harga kerana ingatkan ini adalah projek telefilem dan tak masuk panggung, tapi skala naskhah ini besar.

” Mak masuk set dengan babak penuh air mata, jadi saya beritahu Ellie untuk menambah bayaran lakonan selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami,” katanya.

Ditanya mengenai persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Ayu kagum dan berpuas hati.

” Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak ‘diva’ dan mudah berikan kerjasama.

” Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit,” katanya.

Saadiah : Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud yang meninggl dnia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem yang turut dibarisi Azrel Ismail, Kaka Azraff dan Faizal Hussien itu bakal ditayangkan di pawagam tahun depan.

Fakta menarik Khatijah Tan yang ramai tak tahu.

Untuk info, Khatijah Tan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1988 menerusi sebuah drama yang pernah disiarkan di TV3, Rumah Kedai, membawa watak sebagai Habsah,

Seterusnya beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 1996 menerusi peranannya sebagai orang gaji di dalam filem Yes, Tuan! sutradara Nik Fadzil Nik Hassan.

Beliau meraih pengiktirafan yang meluas menerusi filem Embun (2002) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 yang diadakan di Korea Selatan.

Selain itu beliau telah menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia, lima di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Beliau merupakan ibu kepada pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre dan Mikail Andre.

Khatijah meraih kemuncak populariti pada lewat 1990-an menerusi sebuah sitkom ciptaan Hatta Azad Khan, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan selama 6 tahun bermula pada tahun 1998–2004.

Melalui sitkom ini, nama Khatijah Tan terus melonjak naik di persada tanah air dimana sebelum ini Khatijah hanya dikenali oleh sebahagian masyarakat terutamanya di kalangan penggemar-penggemar drama Rumah Kedai, dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Beliau mula terkenal di seluruh negara bahkan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Khatijah memainkan peranan sebagai Mak Ngah iaitu merupakan peniaga warung di Flat Seri Wangi.

Tambahan pula, masyarakat Malaysia lebih mengenalinya sebagai Mak Ngah daripada Khatijah Tan ketika itu.

Khatijah berkahwin dengan Nazri Andre (nama asalnya sebelum memeluk agama Islam ialah Philip Harry-Andre) yang berketurunan Perancis pada sekitar tahun 1984.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia