Mat Kilau Dah Kutip RM80 Juta. Ini Ayat Padu Syamsul Yusof Buat Mereka Yg Cakap Filem Dia Sampah

” Syukur dan terima kasih. Saya amat terharu dan hargai anda.”

Itu kata-kata pengarah, Syamsul Yusof yang berterima kasih kepada semua penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei ketika memberitahu jumlah kutipan terkini filem fenomena Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Terbaru, filem epik yang hangat diperkatakan ramai itu berjaya mencatat kutipan RM80 juta sehingga petang, hari ini, selepas 25 hari ditayangkan.

Tambah Syamsul sudah tiba masanya industri filem tanah air untuk bangkit.

” Kepada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur dan terima kasih. Saya amat terharu dan hargai anda.

Kepada yang katakan filem saya kali ini sampah…

” Kepada yang katakan filem saya kali ini sampah dan lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana ‘there’s no such thing as perfect film’ (tidak ada filem yang sempurna),” katanya kepada HarianMetr0.

Syamsul berkata, dia akan terus fokus dan sedaya-upaya membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat tertinggi.

” Insya-Allah, saya akan terus fokus dan sedaya upaya membawa industri filem Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik walaupun terlalu banyak kelemahan dalam industri filem Malaysia.

” ‘Kelemahan’ inilah yang sudah membu-nuh industri dan pengkarya filem.

Syamsul sasar RM90 juta

” Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), orang filem dan kerajaan ayuhlah bangkit baiki kelemahan industri filem. Ayuh ikhlas dalam perjuangan ini,” katanya.

Ditanya jangkaan filem itu mampu mencecah kutipan RM100 juta menjelang akhir bulan ini, Syamsul berkata, dia mensasarkan RM90 juta.

” RM100 juta itu terlalu tinggi, saya tak yakin tapi kalau RM90 juta mungkin. Itu pun tengok keadaan dan momentum filem ini macam mana.

” Filem ini pun dah agak lama dan lebih tiga minggu. Soal jumlah kutipan ini biar dulu, apa saya nak tekankan di sini adalah industri filem kita perlu bangkit,” katanya.

Filem terbitan Kembara Studio itu menampilkan Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan ramai lagi.

Barisan pelakon dan krew akan dapat bonus

Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencatat kutipan RM71.27 juta selepas 3 minggu tayangan sudah meraih keuntungan selepas ditolak cukai hiburan sebanyak 25 peratus oleh kerajaan dan caj 50 peratus yang dikenakan pawagam.

Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan bersyukur filem terbabit masih mendapat sambutan luar biasa.

” Ramai yang sedang bercakap mengenai jumlah kutipan filem Mat Kilau. Alhamdulillah filem ini sudah pun ‘balik modal’.

” Mat Kilau menelan kos sebanyak RM8 juta untuk proses penggambaran saja dan jumlah ini tidak termasuk dengan kos tidak langsung.

” Jumlah itu juga tidak termasuk dengan percubaan pertama dan kedua saya menerbitkan filem ini.

” Kalau diikutkan dalam perniagaan, saya perlu mengambil kira setiap kos termasuk percubaan demi percubaan yang dilakukan.

” Bagaimanapun saya bersyukur apabila filem ini sudah balik modal dan mempunyai lebihan selepas tolak cukai hiburan dan caj yang dikenakan pawagam,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, pihaknya juga akan berkongsi rezeki dengan barisan pelakon dan krew yang terbabit melalui bonus.

” Akan ada imbuhan yang munasabah, cuma saya belum tentukan jumlah yang akan diberikan kerana bergantung kepada keuntungan pada penghujungnya nanti.

” Sebelum ini saya ada kongsikan kepada media mengenai sasaran saya sebanyak RM70 juta, tapi sekarang ini jumlah itu sudah semakin meningkat dan tidak mustahil akan terus naik selepas melihat kepada sambutan filem ini.

” Saya dimaklumkan masih ramai yang belum menonton dan mahu menonton untuk kali kedua. Jika ditanya, sasaran baru saya ketika ini saya berharap filem ini mampu mencapai kutipan RM90 juta.

” Apapun saya tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi, sebaliknya angka itu dapat memecahkan beberapa rekod filem Hollywood yang ditayangkan di Malaysia sekali gus menjadi kebanggaan kepada produk tempatan,” katanya.

Jumlah kutipan yang diraih kini berjaya memecah rekod filem paling laris di Malaysia iaitu Munafik 2 yang juga arahan Syamsul Yusuf pada 2018 sebanyak RM48 juta.

Sumber:hmetr0