Kayuh Basikal 5km Setiap Hari Hantar Makanan ke IPD Gerik, Kisah Makcik Saadiah Cukup Meruntun Hati

Sungguh bertuah si suami ditakdirkan ada jodoh yang setia seperti Puan Saadiah Binti Abdullah.

Biarpun si suami sudah lama meninggI dnia sejak tahun 1975, rindu isteri terhadap suaminya menyebabkan dia masih berulang-alik ke tempat kerja suaminya yang tercinta dengan mengayuh basikal sejauh 5 kilometer setiap hari.

DisebaIik senyuman Puan Saadiah Binti Abdullah tersirat rasa rindu dan kasih akan arwh suaminya yang terkor-ban disebabkan angkara oleh pengga-nas k0munis.

Tra-gedi yang menimpa arwh suami Puan Saadiah Binti Abdullah tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh ahli keluarga dan penduduk setempat.

Namun, takdir telah ditetapkan dan apa yang telah berlaku tidak mungkin akan dapat dikembalikan seperti sediakala.

Puan Saadiah Binti Abdullah bukanlah tidak boleh menerima hakikat akan hal terkor-bannya suaminya yang tercinta itu, beliau reda dan akur akan pemrgian suaminya yang tercinta.

Baginya, inilah cara untuk beliau mengingati suaminya setiap hari dengan menghantar makanan ke tempat kerja suaminya.

Suami kepada Puan Saadiah Binti Abdullah sebenarnya adalah merupakan seorang anggota polis di Gerik dan bernama Alias Nik Daud.

Beliau seorang anggota polis yang berperanan sebagai seorang “boatman” yang mana pada ketika itu Alias Nik Daud dan pasukannya perlu menghantar barangan keperluan harian ke dalam hutan untuk kegunaan harian pejuang negara.

Pada 28 Ogos 1975, Alias Nik Daud bersama-sama dengan rakan seperjuangannya ditugaskan untuk menghantar bekalan makanan kepada Pasukan Komando 69 di Pos Kawalan Temengor.

MaIangnya pada hari tersebut, mereka sepasukan telah dise4ng hendap oleh pengga-nas k0munis yang kej4m.

Tujuan pengga-nas k0munis lakukan ser4ngan hendap tersebut boleh dibaca dan ianya tidak lain tidak bukan adalah untuk memutuskan bekalan makanan pejuang negara.

Walaupun peristiwa hiitam itu telah berpuluh-puluh tahun lamanya berlalu dan menyebabkan Puan Saadiah Binti Abdullah telah kehilangan suaminya dalam ser4ngan hendap tersebut buat selama-lamanya, beliau tetap terus hantarkan bekalan makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Puan Saadiah Binti Abdullah dikatakan akan kayuh basikalnya hampir setiap hari kecuali pada hari beliau tidak sihat untuk hantarkan makanan yang bukan disiapkan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa sahaja anggota polis yang bertugas di Ibu Pekabat Polis Daerah Gerik.

Tiada lagi makanan dihantar, Makcik Saadiah meninggI dnia pada September 2021.

Bagaimanapun, selepas 37 tahun menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik hampir setiap hari kecuali sakit, Saadiah Abdullah meninggI dnia pada 4 September 2021.

Saadiah yang mesra dipanggil Mak Cik Saadiah menghembvskan nfas terakhir di Hspital Gerik jam 12.40 tengah hari selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akiibat sak1t tua.

Jnzah telah dikebvmikan di Tanah Perkvburan lslam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik jam 5.30 petang.

Anak bongsunya, Wan Jelani Alias, 51, berkata, biarpun bersedih, timbul sedikit perasaan berbesar hati apabila arwh ‘pergi’ dalam keadaan rakyat Malaysia masih menyambut Hari Kebangsaan.

” Pada kami, emak juga seorang wira kerana walaupun keadaan usia dia sebegitu namun tetap sanggup kayuh basikal sejauh lima kilometer untuk menghantar makanan kepada anggota polis selepas kem4tian ayah.

” Sepanjang hayatnya, emak tidak pernah melupakan pengorbanan dan sejarah perjuangan arwh ayah. Dia adalah perwira sebenar di hati kami.

” Selain menzahirkan kasih sayang dan kesetiaan kepada arwh ayah, emak secara tidak langsung tunjukkan bahawa dia sangat menghargai petugas keselamatan, jadi sebab itu bila arwh ayah sudah meninggI pun dia masih menghantar makanan kepada polis di balai berkenaan,” katanya.

Wan Jelani yang juga seorang pesara tentera berkata, Allahyrham ibunya banyak mendiamkan diri sejak disahkan menghdap angin ahmar kira-kira dua bulan sebelum itu.

” Keadaan kesihatan emak mula merosot sejak bulan lalu (2021) selepas terjatuh di bilik mandi. Dia sudah beberapa kali dimasukkan ke hspital dalam beberapa minggu yang lalu,” katanya.

Rutin Saadiah mengayuh basikal dari rumahnya di Kampung Padang, Kuala Kenderong ke IPD Gerik setiap hari bagi menghantar makanan kepada petugas di situ pernah tular.

Pada 2012, Saadiah berhenti sementara menghantar makanan selepas terjatuh basikal dan menyambung kembali aktiviti itu sejak Mei 2017 namun menggantikan makanan berbentuk nasi dan lauk pauk dengan gula-gula dan makanan ringan dengan membonceng motosikal ditunggang anaknya.

Inspirasi dari kisah benar yang meruntun hati masyarakat ini telah diangkat ke layar perak apabila penerbit Datuk Ayu Puteh menerbitkan filem berjudul Saadiah: Bekal Kasih Merdeka.

Watak utama sebagai Saadiah dibintangi oleh pelakon veteran Khatijan Tan dan dikhabarkan filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada tahun 2023.

Al-fatihah buat Allahyrham Saadiah Binti Abdullah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan syuhadah. Aamiin.

Sumber:orangperak.com dan hmetro