Pendedahan Terbaru Zakiah Anas Susulan KehiIangan ZaIina Mngejutkan Rmai , ‘Saya Hubungi ZaIina Tetapi..’

” Dia seorang sahabat yang sangat baik dan kami semua sayangkan dia,”

Itu luahan penyampai dan bekas personaliti TV3, Zakiah Anas yang mengulas mengenai sahabatnya, ZaIina Azman yang diberitakan hiIang sejak November tahun lalu.

Menurut Zakiah, dia terkejut apabila berita kehiIangan ZaIina tular, memandangkan beliau baik dengan semua orang.

” Kami cuba menghubungi ZaIina, selama ini. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya.

” Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.

” Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat.

” Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.

” Kami ingatkan ZaIina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat Iaporan polis.

” Rupa-rupanya dalam masa tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari,” katanya ketika dihubungi BHOnline.

Tambah Zakiah, kali terakhir bertemu dengan ZaIina sebelum sahabatnya itu berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.

” Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika ZaIina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan.

” Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan ZaIina.

ZaIina tiada akaun FB dan IG

” Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.

” Dengan rakan lain, walaupun tak jumpa, kami masih berhubungan. Malah, ZaIina juga tiada laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana dia sangat ‘low profile’.

” Kawan baiknya, Ras Adiba dan Datin Nor Azlina Redzuan juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.

Sehubungan itu, Zakiah tidak menafikan, dia sdih mendengar berita kehiIangan sahabat baiknya itu.

” Kami tiada isu dengan ZaIina. Dia seorang yang sangat baik dan semua orang sayang dan sukakannya.

” Dia bukanlah seorang yang dibenci. Jujurnya, memang ada persoalan di mana ZaIina sebab lama tak jumpa setiap kali ada pertemuan dengan rakan-rakan.

” Saya ada cuba hubungi ZaIina, tetapi tak dapat ketika mahu berkahwin pada 2012.

” Ada juga rakan-rakan yang mengatakan pernah berjumpa dengannya di Shah Alam pada 2019. Diharapkan, ZaIina segera ditemui, insya-Allah,” katanya.

Di mana awak Zally?

Sementara itu, rakan-rakan ZaIina seperti Datuk Aznil Nawawi dan Ras Adiba meminta orang ramai membantu mencari sahabat mereka itu.

Menerusi tiga hantaran dalam laman Instagram (IG), Ras Adiba meminta ZaIina segera pulang.

” Di mana awak Zally? Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.

Aznil pula meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rakan seperjuangannya menghubungi pihak poIis.

” Siapa yang ada maklumat di mana kawan Pak Nil, ZaIina Azman berada tolong hubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Sabturia 03-55194622,” tulisnya dalam IG.

Terdahulu, poIis sedang giat mencari bekas personaliti TV3, ZaIina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai ZaIina Azman yang dilaporkan hiIang sejak November tahun lalu.

Ketua PoIis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima Iaporan daripada keluarga ZaIina berhubung kehiIangannya pada 29 November tahun lalu.

ZaIina, 58, dilaporkan hiIang ketika anaknya, Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hspital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

” Pada 29 November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Sksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

” Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

” Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mngsa,” katanya dalam satu kenyataan

Sumber:hmetro