Pemandu Grab Ini Dgn Berani Dan Yakin Beritahu Itu Adalah ZaIina Azman. Satu Persatu Dia Ceritakan

(Gambar di atas (kiri) adalah geIandangan dikatakan mirip Zalina yang datang ke sebuah kafe di Sksyen 9, Shah Alam)

Sejak Isnin lalu, beritah tentang kehiIangan ZaIina Azman semakin hangat diperkatakan dan dikongsikan di pelbagai medium termasuk di media sosial.

Pelbagai persepsi dan kisah disampaikan, malah banyak pihak telah tampil menyalurkan maklumat dalam usaha mencari bekas personaliti televisyen TV3 berkenaan.

Semalam, ada pihak mendkwa melihat individu menyerupainya singgah di sebuah kafe di Seksyen 9, Shah Alam selain di beberapa lokasi lain seperti Seksyen 3, Taman Tasik Shah Alam dan beberapa lokasi lain.

Walau bagaimanapun, hasil sia-satan dan semakan rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak poIis mendapati wanita yang dikatakan ZaIina  itu ialah seorang gelandangan.

Malah, sahabat baik ZaIina, Senator Datuk Ras Adiba Radzi turut berkongsi di Instagram mengakui wanita itu bukan Zalina.

” Maaf, wanita di gambar sebelah kanan ini BUKAN ZaIina Azman. Saya sudah lihat gambar dekat dan ianya bukan dia.” tulis Ras Adiba.

Sementara itu Ras Adiba turut melakukan misi selama dua hari berturut-turut mencari dan cuba menjejak ZaIina di sekitar Shah Alam namun usaha itu masih belum mendatangkan hasil.

Pemandu Grab beritahu dia terjumpa wanita seakan ZaIina.

Terbaharu, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Nadhir Agito mendkwa pernah bertemu dengan seorang wanita menyerupai ZaIina di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Menceritakn perkara itu, Nadhir yang meninggalkan komen di Instagram Senator Datuk Ras Adiba Radzi mendkwa, ketika itu dia sedang bertugas sebagai pemandu e-hailing dan terserempak dengan seorang wanita menyerupai ZaIina sekitar pukul 6.45 pagi.

Yakin itu memang ZaIina

” Pada mulanya saya tidak dapat mengenal pasti disebabkan badannya yang kurus dan ketinggiannya rendah.

” Selepas melihat perkongsian you (Ras Adiba) dengan dia, ya saya berani dan yakin itu memang ZaIina Azman.

” Saya pemandu Grab dan terserempak dengannya ketika waktu Subuh.

” Dia datang dekat kereta saya untuk minta bantuan namun dia kelihatan keliru tentang apa yang dia inginkan,” tulisnya di ruangan komen Instagram Ras Adiba.

Nadhir juga mendkwa berdasarkan pemerhatiannya, wanita mirip ZaIina itu kelihatan seperti mengalami masalah amnesia dan mudah lupa.

Tangannya kelihatan menggigiI

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Nadhir berkata, dia ada menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke balai poIis namun individu itu menolak.

” Pada awalnya dia minta saya menghantarnya ke balai poIis tetapi selepas itu dia macam menolak, tukar pula hendak pergi makan kerana lapar.

” Memang tangannya kelihatan menggigiI.

” Saya cuba membantunya dengan mengambil gambarnya, tetapi dia menolak kerana berfikir saya akan melakukan perkara bu-ruk kepada dia,” tambahnya.

Jelas Nadhir, tujuannya ingin mengambil gambar wanita itu kerana ingin memuat naik di laman sosial agar viral supaya keluarganya dapat mengetahui keberadaannya.

Pada malam Isnin lalu, Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan kehiIangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama ZaIina Shaharah Azman berusia 58 tahun.

Fizikal ZaIina disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil selain alamat terakhirnya di Sksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua PoIis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memberitahu anak lelaki personaliti itu,membuat laporan tentang kehiIangan ibunya sejak 29 November tahun lalu.

Laporan itu dibuat selepas pengadu gagal mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa ZaIina dimasukkan ke hospital.

Carian di kediamannya sebelum itu mendapati keadaan rumah tidak tersusun selain menemui beg duit yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kresit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai PoIis Sksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

ZaIina sebelum ini cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.

Sumber:mstar dan IG Ras Adiba