
” Kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu, kedengaran ketukan bertalu-talu yang sangat kuat di dinding rumah menyebabkan kami sekeluarga terkejut..”
Itu kata-kata seorang penduduk kampung di mukim Pendek susulan gngguan ketukan m1steri di pintu serta dinding rumah yang melibatkan lebih 50 rumah sejak seminggu lalu.
Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, penduduk kampung Belimbing berkata, rumahnya digang-gu dengan ketukan kuat selama dua hari berturut-turut sejak dua malam lalu.
Ketukan serta dentuman yang kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik disiasat, tidak ditemukan pelakunya malah kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat.
Difahamkan lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.
” Berbekalkan lampu suluh dan sebilah pedang sebagai menjaga keselamatan, saya keluar untuk melihat apa yang berlaku namun tiada kelibat manusia atau apa-apa yang berlaku.
” Dalam masa yang sama, beberapa penduduk kampung turut berada di luar rumah dan memberitahu perkara yang sama berlaku di rumah masing-masing dan waktunya juga sama menyebabkan kami semua kehairanan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dah tanya ustaz, ia ada kaitan dengan kjadian mis-tik
Dia berkata, kejadian yang sama berulang malam seterusnya dan pada waktu yang sama menyebabkan penduduk sekali lagi bingung dan mereka cuba menunggu antara satu hingga dua jam daripada ketukan berlaku untuk mengesan pelaku namun tetap gagal dikenalpasti.
Katanya lagi kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mengesyaki ia berkaitan dengan kejadian jnayah sebaliknya bertanyakan kepada seorang ustaz yang memberitahu ia ada kaitan dengan kejadian mis-tik.
” Sejak dua kali kjadian itu, kami sering berwaspada dan setiap kali menjelang jam 1 pagi, kami tidak akan melelapkan mata kerana ingin bersedia jika ketukan berlaku,” katanya.
Seorang lagi penduduk kampung, Tan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gngguan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu dan menyangkakan anaknya yang pulang ke rumah.
Dia berkata, curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak kelihatan kelibat anaknya atau sesiapa di luar rumah.
” Bunyinya agak kuat namun saya mengabaikannya walau dalam hati berasa curiga dan rupanya situasi yang saya alami turut dihadapi penduduk lain.
” Keesokan harinya ramai yang bercakap mengenai gngguan ketukan m1steri di rumah masing-masing malah ada yang bunyinya sangat kuat walaupun rumah mereka berstruktur batu,” katanya.
Bukan angkara manusia, tetapi mis-tik
Terbaru, penduduk Kampung Likong, Limbat, Tuan Mohamad Danish Tuan Mohd Zakaria, 24, kawalan hanya dibuat di rumah masing-masing kerana penduduk menyifatkan gngguan itu lebih kepada perkara mis-tik dan bukannya angkara manusia.
” Setakat ini tiada berlaku kehilangan harta benda atau kjadian pecah masuk rumah menyebabkan kami hanya menjalankan langkah berhati-hati di rumah masing-masing sahaja.
” Memandangkan kawasan ini adalah kampung maka tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang.
” Kami merasakan tiada keperluan pemasangannya dibuat kerana gngguan ini mungkin bersifat sementara,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tuan Mohamad Danish berkata, dia turut menerima gngguan sama pada awal pagi Rabu lalu apabila kedengaran ketukan kuat di pintu utama sebelum bunyi yang sama didengari menerusi tingkap bilik tidurnya.
Bunyi seakan dinding dicakar
Gngguan turut didengari di rumah datuknya bersebelahan apabila terdengar bunyi seakan dinding rumah dicakar menyebabkan sehingga kini mereka masih ketakutan dan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
Akhbar terdahulu melaporkan lebih 50 rumah di lima kampung di Mukim Pendek di sini, digang-gu ketukan pintu dan dentuman kuat di rumah masing-masing sejak seminggu lalu.
Bunyi itu berlaku awal pagi iaitu sekitar jam 1.30 pagi dan kedengaran hampir serentak menyebabkan penduduk Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating bingung memikirkan sama ada pelakunya adalah manusia atau berkait dengan perkara mis-tik.
Seorang penduduk, Shazwani Shakeri, 37, berkata, kjadian yang sama menimpanya pada awal pagi Selasa lalu apabila digang-gu ketukan pintu yang sangat kuat sebanyak dua kali.
Dia yang menetap di Kampung Pauh Butut, tidak jauh dari lima kampung yang terbabit berkata, kjadian itu berlaku pada 1.30 pagi dan menyangkakan ketukan itu dilakukan penghantar makanan.
” Saya sering membuat pesanan makanan pada waktu malam dan menyangkakan ketukan itu daripada penghantar makanan.
” Namun apabila menjenguk ke luar, tiada kelibat sesiapa dan sebaik menyemak telefon bimbit, tiada sebarang pesanan dibuat.
” Dari segi logik, ia tidak mungkin dilakukan oleh penghantar makanan kerana bunyi ketukan sangat kuat.
” Ia seakan diketuk di pintu berstruktur kayu sedangkan ia kedengaran di tingkap kaca tidak jauh dari saya yang ketika itu sedang berada,” katanya.
Shazwani berkata, kumpulan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) juga kerap menjalankan rondaan sejak sekian lama namun tidak menemui sebarang kelibat manusia yang melakukan onar untuk dikaitkan dengan kjadian yang berlaku seminggu lalu.
Sumber:hmetr0