Jumpa Anak ZaIina di BaIai PoIis, Ras Adiba Ded4h IniTerjadi Pada Kluarga ZaIina Dan lni Yg Mereka Buat

” Saya berkesempatan bertemu dengan keluarga ZaIina iaitu abangnya, Hans dan anaknya, Mikael (33 tahun) di Balai PoIis Shah Alam.”

Itu luahan Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang sempat bertemu anak serta abang kepada ZaIina Azman di Shah Alam, semalam.

Menurut Ras Adiba, keluarga termasuk dua anak ZaIina runsing memikirkan keadaan dan keseIamatan bekas personaliti TV3 itu, yang tidak menghubungi mereka sejak November, tahun lalu.

Kongsi Ras Adiba, beliau bertemu dengan anak serta abang ZaIina ketika membuat proses pengec4man terhadap seorang wanita yang didakwa mirip dengan personaliti itu.

Dah tak tahu nak cari kat mana

” Mereka menyatakan keresahan dan kerisauan kehiIangan ahli keluarga mereka itu. Seorang lagi anaknya, Ryan (14 tahun) juga berkongsi kerisauan itu.

” Mereka turut menyatakan, sudah tidak tahu untuk mencari di mana lagi ZaIina¬†ketika ini,” kata Ras Adiba.

Ras Adiba berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Ditanya adakah ahli keluarga wanita itu mencari ZaIina sejak dia dilaporkan menghiIangkan diri, Ras Adiba menyatakan ahli keluarga masih berbuat demikian sehingga ke saat ini.

” Kita tidak tahu apa yang sedang dilalui oleh mereka kerana sehingga ke hari ini, mereka juga tidak tahu di mana ZaIina berada.

” Justeru, saya meminta semua pihak janganlah membuat sebarang speku-lasi, sebaliknya membantu ahli keluarga ZaIina dengan mencari atau berkongsi maklumat,” katanya.

Keluarga buat kenduri doa selamat 

Beliau berkata, ahli keluarga ZaIina bukan sahaja mencari, malah turut mengadakan kenduri doa selamat untuk memudahkan setiap urusan pencarian.

Ras Adiba berkata, beliau turut mengesahkan wanita yang did4kwa mirip ZaIina oleh orang awam itu bukan sahabat baiknya, berdasarkan pertemuannya dengan individu itu.

” Saya ke Shah Alam bertemu dengan wanita yang ditemui di Sentul dan setelah berkomunikasi, dia bukan ZaIina.

” Begitu juga wanita yang berlegar-legar di Shah Alam,” katanya.

PoIis dah buat hebahan sejak tahun lalu

Dalam perkembangan sama, ketika ditanya tempoh yang lama diambil sebelum mengumumkan kehiIangan ZaIina, Ras Adiba berkata, poIis sudah membuat hebahan awal pada tahun lalu, namun hanya diketahui sesetengah pihak disebabkan penggunaan nama penuh personaliti itu.

” Saya difahamkan, kali pertama ia dihebahkan tahun lalu menggunakan nama penuh ZaIina Shaharah Azman dan orang luar tak pasti dan tidak peduli.

” Malah, gambar yang digunakan juga gambar yang jauh dan bukan gambar yang dikenali.

” Tetapi, apabila kakak saudara saya di London iaitu Haliza Hashim memberitahu mengenai hebahan terbaharu, barulah saya sendiri tahu bahawa ZaIina sudah lama hiIang.

” KehiIangannya juga adalah sesuatu yang saya terlepas pandang,” katanya

Optimis ZaIina masih lagi hidup

Mengulas lanjut, Ras Adiba berkata, beliau setakat ini masih optimis ZaIina masih lagi hidup dan cuma menghiIangkan diri sahaja.

” Untuk ZaIina, hubungilah kita semua, datang ke balai poIis dan ucapkan ‘hi sayalah ZaIina yang anda semua cari’.

” Saya juga akan sentiasa optimis dan akan akan terus mencari walau di mana dan berapa lama lagi.

” Namun, jika dia sudah tiada… jika di laut, saya mohon kepada Allah agar ia ditimbulkan dan jika di bumi, diberitahu di mana arah untuk menemuinya,” katanya.

Dalam pada itu, Ras Adiba turut dilihat beberapa kali memuat naik perkongsian di Instagram mengharapkan kepulangan sahabat baiknya itu.

Kata Ras Adiba, bukan beliau sahaja malah rakan-rakan dan teman rapat mereka terlalu merindui ZaIina.

” Siang maupun malam, panas ataupun hujan, Deep akan terus cari ZaI. Dah 5 hari Deep cari, ZaI kat mana ni, kat mana ZaI?

” ZaI, kami semua risau, kami semua rindu.

” ZaI, ZaI balik ok, Deep dan yang lain tunggu. Kami rindu Zal, pulanglah. Come home Zally. I and the rest, we miss you so. Just come home Zally.” tulis Ras Adiba.

Sumber:bharian