‘Tergamak Kau Nak Bayar Aku Jumlah Itu’ – Tak Berdiam Diri, Sekali KenaSekoIah Dgn Datuk Jeffrydin

” Memang ada penganjur yang nak bayar murah kepada saya.

Demikian kata-kata penyanyi legenda, Datuk Jeffrydin yang kcewa dengan sikap penganjur yang mahu membayar harga murah untuk persembahannya.

Menurut Jeffrydin, adalah tidak masuk akaI apabila dia hanya ditawarkan sebanyak RM1,5OO untuk satu jam persembahan.

Tergamak kau nak bayar aku RM15OO je.

” Saya cakap dengan mereka, kau tengoklah aku dari atas sampai bawah. Selama lebih 60 tahun berjuang, tergamak kau nak bayar aku jumlah itu.

” Saya cakap terus terang, kalau tahu saya dan kenal saya, anda tahulah berapa harga saya.

” Itu harga saya waktu mula-mula aktif dulu. Saya rasa sedih kerana tak baik mereka buat begitu.

” Saya berjuang dari Singapura hingga di Kuala Lumpur dan seterusnya Indonesia. Mereka tak pernah tawarkan harga serendah ini,” katanya.

Menurut Jeffrydin, tawaran itu juga untuk acara yang besar dan harga berkenaan memang tidak berbaloi.

” Saya tak kisah tak dapat tawaran menyanyi kalau begini. Mereka dengar orang lain bercakap berkenaan harga ini,” katanya.

Penyanyi pop yeh yeh ini berkata, apabila isterinya (Datin Rashidah Abdullah) mendengar cerita, dia minta perkara ini diserahkan kepadanya.

” Penganjur ini pula tak berani nak berurusan dengan isteri saya. Dia memang seorang yang tegas.

” Saya memang letakkan harga yang berpatutan untuk sejam persembahan bersama band pengiring.

” Saya tahu nak letak diri saya di mana. Mereka nak banding-bandingkan saya dengan artis baru dan saya tak nak begitu. Saya nak berjuang kerana seni,” katanya.

Hilang 7 tawaran persembahan besar

Semasa tempoh pandemik C0VlD-I9 selama dua tahun, penyanyi yang popular dengan lagu Seruling Anak Gembala ini kehilangan tujuh tawaran persembahan yang besar.

” Rasa sedih juga tapi kena reda. Selepas ini saya akan beraksi di Singapura. Pop yeh yeh masih kuat termasuk di Sabah dan Sarawak.

” Untuk persembahan di sana, saya tak perlu letak harga kerana mereka tahu berapa nak bayar. Layanan pun bagus.

” Insya-Allah selepas ini saya ditawarkan untuk buat persembahan di Australia,” katanya.

Jeffrydin sepatutnya menjayakan konsert mini konsert Mas Mona Night bersama L Ramlie, S Mariam serta pemuzik pengiring The Zurah 3 di Grand Barakah Hotel, Ampang, Sabtu ini.

Bagaimanapun penganjur memaklumkan konsert ini ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan selepas ini.

10 fakta mengejutkan tentang Datuk Jeffrydin

Datuk Jeffrydin merupakan penyanyi Malaysia yang berjaya merakamkan lagu/album di setiap dekad semenjak 1960an hingga 2010an.

Beliau berjaya muncul selama 6 dekad berbeza iaitu di era 1960an, 1970an, 1980an , 1990an, 2000an, 2010an dan 2020an.

1) Pemilik nama sebenar Datuk Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman ini lahir  pada 18 Jun 1947) merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an.

2) Ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah “pop yeh-yeh” telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You – Yeh, Yeh, Yeh).

3) Jeffrydin menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. Beliau selalu diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika itu.

4) Kerjaya seni beliau bermula sewaktu belajar dalam darjah lima di Sekolah Tangling Tinggi, Singapura. Jefrydin kemudiannya mula memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar 1962.

5) Selepas itu Jefrydin bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut. Turut bertanding ketika itu A. Ramlie yang mendapat nombor dua manakala Allahyarham M. Osman pula di tempat ketiga.

6) Bakat Jeffrydin dicungkil oleh pengurus syarikat rakaman keturunan Cina-Indonesia, Mr Lee yang mendengar beliau menyanyi di majlis kahwin di Singapura. Ketika ditemuduga beliau disuruh memainkan lagu Seruling Bambu dan Fatwa Pujangga dan menandatangani kontrak. Di atas cadangan Mr Lee, beliau menyanyi pula dengan kumpulan The Siglap Five.

7) Hingga kini, Jefrydin telah pernah menghasilkan 30 album.

8) Dia bertemu jodoh dengan gadis Pulau Pinang, Rashidah Abdullah, 49, yang juga pengurusnya dan dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Arjuna Mirko, Raden Wira Sukma, serta Raden Ratna Sari Dewi.

9) Pada 2002, Jefrydin telah dianugerahkan Pingat AMP dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

10) Jefrydin turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia