‘Kenapa Nak Ambil Artis Lain? Kalau Mereka Hebat Takpelah Jugak’ – Luahan Abon, Mula HiIang Sabar

” Saya dah tak peduli kalau mereka nak ‘gam’ saya kerana saya dah lama gam mereka.”

Itu luahan pelawak Abon yang kcewa dengan sebuah stesen TV yang seakan menafikan kemenangannya sebagai juara pertama pertandingan lawak anjuran mereka bersama Allahyrham Os pada 2011.

Menurut Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, dia bukan irihati terhadap pelawak lain yang terbabit dengan program stesen terbabit kerana itu rezeki mereka.

” Dipanggil untuk terbabit dalam program saya tak datang dan saya pilih serta letak harga sebab memang saya dah tak hendak.

” Mereka nak cari juara dan kami dah juara. Setiap juara katanya ada program sendiri. Yang selepas itu pun ada program tapi kenapa kami tiada.

” Lepas menang hilang begitu saja. Itulah sebabnya saya dah tak kisah kalau mereka nak buat apa saja terhadap saya.

” Orang dah tak nak kita. Bila saya bersuara barulah mereka nak panggil. Tapi dah tak seronoklah,” katanya.

Abon baru-baru ini tampil dengan program Hari Raya terbitan RTM, Astro dan Awesome TV.

” Ia sebab saya nak tengok ‘feedback’ adakah saya masih ada peminat. Alhamdulillah ternyata sangat menggalakkan.

” Bayangkan 2011 saya menang dan 2013 saya tiada apa-apa. Kami tarik diri dari bertanding.

” Os ambil keputusan bawa teksi sebab anaknya belajar di Mesir ketika itu. Dia tak boleh tunggu tawaran dari stesen TV semata-mata kerana anaknya perlukan wang untuk yuran,” katanya.

Siapa yang boleh sabar

Abon berkata, sebelum menang program ini, tawaran show memang banyak.

” Itulah sampai ada yang kata Osbon demand. Macamana nak demand kalau tak dipanggil pun. Banyak yang salah fakta.

” Siapa yang boleh sabar. Ini bidang saya. Mereka nak juara dan kami dah buktikan. Jadi nak apa lagi?

” Begitu juga dengan stesen milik kerajaan. Saya bermula dengan mereka tapi peluang banyak diberikan kepada mereka yang bermula dengan stesen lain,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menafikan bakat atau rezeki mereka tetapi biarlah adil.

” Memang tiada undang-undang kata tak boleh ambil. Tapi dari segi pertimbangan kita. Kenapa anak sendiri dianak tirikan?

” Sedangkan ada banyak bakat yang lahir dari program mereka dari awal lagi. Saya, Sathiya, Sabri Yunus, Ebby Yus, Imuda serta ramai lagi.

Kenapa nak ambil artis lain?

” Kenapa nak ambil artis lain? Kalau mereka hebat tak apalah. Ini minggu pertama dan kedua dah terkeluar,” katanya.

Menurut anak jati Jasin, Melaka yang sudah aktif sejak tahun 1979 ini, dia pernah ditawarkan bayaran RM500 dan menolak kerana merasakan tidak wajar.

” Saya kata jumlah itu diperolehi sejak zaman 1980-an lagi menerusi Kampung Seri Wangi untuk setiap episod.

” Orang itu cakap dalam nada yang tak bersaIah. Katanya orang lain okey saja ambil jumlah ini.

” Saya tanya mereka siapa dan dijawabnya ekstra. Saya jawab saya tak hebat tapi saya ada nama,” katanya.

Fakta tentang Abon yang mengejutkan ramai

1) Sharizan Ahmad atau Abon dilahirkan padar 8 Ogos 1960 di Jasin, Melaka merupakan seorang antara pelawak dan pelakon paling malar hijau di Malaysia.

2) Mula berlawak sejak era 80an, Abon sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.

3) Beliau dan Allahyrham Mr. Os telah membentuk kumpulan Osbon dan akhirnya menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.

4) Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka ketika itu Boboi gandingan (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) di tempat kedua.

5) Kemunculan beliau dalam video muzik lagu ‘Terhangat Di Pasaran’ arahan Yusry Abdul Halim pada tahun 2005 membuatkan beliau kembali popular dan sering dirujuk menerusi gaya lucunya dalam video muzik persembahan kumpulan KRU bersama Adam AF2 itu.

6) Pada 2013, Abon pernah terlibat dalam kmIangan apabila kereta BMW dipandunya terba-bas di Jalan Mersing-Endau. Abon dikatakan telah menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.

7) Abon kembali menyertai Maharaja Lawak Mega 2012 dengan bergandingan bersama pelawak, Sathiya dan menggunakan nama kumpulan Sabon.

8) Abon dan Sathiya (Sabon) bagaimanapun tersingkir pada minggu ke-7. Pada edisi tersebut, juara telah dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan), manakala tempat kedua, Jambu dan tempat ke-3, Shiro.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia