
” Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula,”
Demikian kata-kata pelawak ShahroI Shiro yang mendkwa stesen radio Suria FM tidak bersikap profesional apabila penyampainya memilih untuk berhenti atau tidak disambung kontrak.
Menurut ShahroI yang juga bekas penyampai Suria FM, kenyataan memburvkkan bekas penyampai membawa impak besar termasuk dirinya yang pernah terpaIit dengan isu bersama stesen radio itu sebelum ini.
” Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.
” Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak.
” Tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negat1f penyampai itu.
Johan tinggalkan Era FM tiada isu pun
” Johan meninggalkan Era FM, tetapi stesen radio terbabit tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur negatif dan kita semua di luar ini tidak tahu pun punca beliau keluar.
” Ini contoh sikap profesional yang patut dicontohi.
” Kenyataan memburvkkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar.
” Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yang mengatakan masalah disiplin saya padahal saya sudah menerangkan kjadian sebenar,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya, hari ini.
Menurut ShahroI, dia berharap Suria FM akan lebih bersikap profesional dan belajar menghargai mana-mana penyampai yang pernah berjasa dengan syarikat terbabit.
” Pada Suria FM, tolong profesional dan belajar menghargai mereka yang pernah berjasa di syarikat kamu.
” Pada sahabat saya Fizi Ali bersabarlah dengan dugaan dan membuat keputusan yang tepat pergi ke stesen Hot FM yang menduduki kedudukan lebih atas dari stesen radio lama kamu,” katanya.
Terdahulu penyampai radio Fizi Ali mengakui terdapat kesilapan sendiri berhubung isu perhijrahan saat akhir dari stesen radio Suria FM ke Hot FM sehingga mengguris hati majikan lama, terutama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin.
Bagaimanapun isu tersebut dianggap sudah selesai selepas Fizi memohon kemaafan daripada semua pihak di Suria FM pada hari-hari terakhir sebelum meninggalkan stesen radio tersebut pada hujung bulan lalu.
Ajak muncul diruangan komen
Dalam pada itu, perkongsian yang dibuat ShahroI itu telah mengundang pelbagai komen daripada bermacam pihak.
Salah satunya adalah dari Ajak Shiro yang juga rakan satu kumpulannya dan penyampai di Suria FM.
Dalam komen yang dibuat, Ajak telah mempersoalkan mengapa sahabatnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
” Awak ni bercakap dari sebelah pihak ke Tuan? Hakikatnya tak bergaduh pun, perlu ke nak up isu ini? Perlukan sportlight ke? Buat benda yang lebih berkualiti, lebih menyatupadukan, bukan melaga-lagakan.
” Hakikatnya semua kawan. Kalau awak ada anggap musuh, biar sorang-sorang tak perlu ajak kawan” tulis Ajak.
ShahroI balas komen Ajak
Bagaimanapun, komen Ajak telah mendapat reaksi balas dari bekas sahabat seperjuangan yang sama-sama menjuarai Maharaja Lawak Mega 2018 itu.
Menurut ShahroI, dia menafikan dia ‘sportlight’ kerana bersuara hanya mahukan diri mereka tidak ditindas sama sepertinya dahulu.
” Alhamdulillah sahabat lama sudi juga komen. Saya tak perlukan sportlight sahabat.
” Saya bersuara apabila melihat perkara yang menindas sahabat-sahabat saya seperti awak yang pernah ditindas sewaktu kerajaan dahulu sehingga kumpulan Rare terpaksa minta maaf secara terbuka.
” Saya pun bersuara untuk kamu juga sahabat. Syukur saya pernah lalui pengalaman ini dan diberi kekuatan untuk bersuara.
” Apa yang berlaku di sana ada hikmah buat saya mengundurkan diri dan diberi kebahagiaan dengan kehidupan sekarang dan himah buat kamu menggantikan saya di sana memberi rezeki buat kamu sekeluarga.
” Jangan risau, jika kamu yang ditindas 10 kali saya akan bangkit bersama kamu sahabat. Semoga terus berjaya dan dilimpahi rezeki buat kamu sekeluarga. Love u brother.” tulis ShahroI.
Sementara itu, tndakan mereka yang sedikit berbaIah di ruangan komen telah membuatkan ntizen mulai bertanya-tanya adakah mereka berdua sudah tidak akrab seperti dahulu.
Peminat berdoa supaya apa yang terjadi tidak merenggangkan hubungan mereka yang diketahui sangat akrab satu ketika dahulu.
Sumber:trendingsangat dan Instagram ShahroI Shiro