Berkuatkuasa Hari Ini, SuItan Muhammad V Isytihar SuItanah KeIantan Dan Siapa lsteri Baginda

SuItan KeIanta, SuItan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah KeIantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Pngisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini.

Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan KeIantan (Bahagian Yang Kedua).

SuItan dan Yang dipertuan bagi negeri KeIantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah KeIantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota KeIantan.

SuItan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah KeIantan kehadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota KeIantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota KeIantan.

Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

SuItan KeIantan diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra di Istana Batu, Kota Bharu, KeIantan pada 6 Oktober 1969.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan SuItan Ismail (1) Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School Kuala Lumpur.

Baginda telah berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.

Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik dan menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota KeIantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

Pada 25 Mei 2009, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja KeIantan, setelah ayahanda baginda SuItan Ismail Petra ibni Almarhum SuItan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pada 13 September 2010, baginda telah diisytiharkan sebagai SuItan KeIantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa SuItan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun.

Baginda mengambil nama SuItan Muhammad V.

Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, SuItan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara.

Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Pada 24 April 2017, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada usia 47, baginda adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Raja Perlis Tuanku Syed Putra, SuItan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin dan SuItan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Pada 2 November 2018, pihak Istana Negara memaklumkan bahawa baginda beristirahat menjalani rwatan sehingga 31 Disember 2018.

Maka, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, SuItan Nazrin Muizzuddin Shah, mengambil alih tugas baginda sebagai Pemangku selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Malaysia sepanjang ketiadaan baginda.

Pada 6 Januari 2019, baginda telah turun takhta kerajaan persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dan yang menjadikan baginda yang pertama untuk turun takhta kerajaan persekutuan dalam sejarah negara Malaysia.

Sumber:bharian dan wikipedia