‘Sy Pernah KenaHalau Dgn Papa..’ – Anak Kuswadinata Kini Meniaga Restoran, Buka Cerita Yg Rmai Tak Tahu

” Saya dulu selalu kena halau dengan arwh papa, apabila masuk ke dapur nak tengok dia memasak,”

Itu kata-kata Jasmin Kuswadi, 37, anak kepada pelakon era 1960-an, Allahyrham Kuswadinata yang kini berniaga di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana Ampang.

Menurut Jasmin, apapun dia bersyukur kerana dapat juga mewarisi bakat memasak Allahyrham bapanya itu yang cukup dikenali pada kalangan rakan artis dan penggiat seni sebagai individu yang ‘pakar’ di dapur.

Arwh seorang yang ringan tulang dan pandai memasak

” Arwh papa saya, walaupun orangnya serius dan banyak melakonkan watak ‘jah4t’ dalam filem serta drama, tapi dia seorang lelaki dan bapa yang budiman dan baik hati.

” Malah arwh seorang yang sangat ringan tulang, pandai memasak dan cekap menjaga anak-anak dalam semua sudut.

” Sama ada pakaian, makanan dan segalanya untuk saya serta adik-beradik yang lain, papa yang urus dan jaga.

” Hinggakan, ramai menyifatkan ibu saya, Kamariah Mohd Said adalah wanita sangat bertuah kerana mempunyai suami seperti papa yang mahir membuat kerja rumah dan cekap menjaga anak,” katanya kepada HarianMetro.

Tak galakkan anak ikut jejak jadi pelakon

Jasmin yang terbuka berkongsi kenangan bersama Allahyrham bapanya berkata, dia bersama adik-beradiknya yang lain memang tiada seorang pun berminat dalam lakonan dan kesemua mereka hanya mewarisi bakat memasak arwh.

” Alhamdulillah, saya dan semua adik-beradik, kami pandai memasak.

” Untuk berlakon pula, memang tak ada yang mewarisi walaupun saya pernah ikut papa berlakon dalam telefilem Erti Sebuah Kebebasan ketika berusia 15 tahun.

” Saya tak minat berlakon sebab tidak gemar menunggu di set penggambaran.

” Arwh papa pun tak beri galakan kepada kami adik-beradik untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.

” Tapi, alhamdulillah, saya ikut jejak langkah papa sebagai tukang masak,” katanya.

Berbicara mengenai perniagaannya, Jasmin berkata dia bersama suami, Mohd Osman Amirrudin sudah aktif berniaga pelbagai makanan seperti roti canai, roti sarang burung extravaganza dan makanan barat, hasil air tangan mereka sejak dua tahun lalu.

Katanya, tapi yang paling istimewa juga dia turut menyediakan resipi hidangan arwh bapanya seperti sambal, kuah dal, kari ayam, kari daging dan banyak lagi dengan harga sangat berpatutan serta rasa yang enak.

Menurut Jasmin, selepas susah payah diharungi akibat penularan C0VlD-I9 sebelum ini, tetap ada hikmah di sebaliknya.

Kata ibu enam anak ini, dia bersyukur perniagaannya semakin mendapat perhatian apabila mempunyai ‘repeat customer’.

Terdahulu, Allahyrham Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang cukup dikenali dengan panggilan ‘abang Kus’ menerusi filem Seniman Bujang Lapok meninggI dnia pada 16 Februari 2013 ketika berusia 74 tahun kerana msaIah buah pinggang dan knser usus.

10 fakta menarik tentang Kuswadinata yang ramai tak tahu

1) Pemilik nama sebenar Kuswadi bin Bujang yang lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata ini dilahirkan pada 8 September 1938 di Jalan Thomson, Singapura

2) Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).

3) Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.

4) Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnan dan Datuk Mahmud Jun pada 1958.

5) Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembu-nuh.

6) Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama Tan Sri P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan, abang tiri Tengku Zaleha lakonan Saadiah.

7) Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada 1961.

8) Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.

9) Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang. Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terakhir lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.

10) Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia