
” Aikk, saya sarjan, chief! Macam mana orang lain dapat 150 dirham, saya cuma 30 dirham?”
” Kamu berapa banyak ambik I.O.U daaa.”
Itu antara dialog popular dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, babak di mana lbrahim Pendek yang membawa watak sebagai penyamun menerima gaji beliau dari Chief (ketua) penyamun lakonan P. Ramlee.
lbrahim Pendek atau nama aslinya lbrahim Hassan lahir di Taiping, Perak pada 1932.
Beliau adalah seniman filem Melayu yang terkenal bukan saja pada dunia lakonan tetapi juga istimewa karena “dikurniakan” tubuh badan yang kerdil, iaitu lebih kurang 4 kaki 3 inci (130cm) sahaja..
Sepanjang kehidupannya, ia menikah sebanyak dua kali dengan Che Hasnah Mohd Amin dan Asiah Osman. Kedua-dua perkahwinan tersebut tidak berlangsung lama dan dikurniakan pula dengan tujuh orang cahaya mata.
Tak terfikir nak jadi pelakon
Kariernya dalam dunia seni cukup membanggakan. lbrahim telah memulakan kerjaya seninya sejak 1950-an.
Dia telah meninggalkan kampung halamannya pada 1953 untuk ke Singapura merantau mencari rezeki. Pada masa itu, tidak terlintas di fikirannya untuk menjadi pelakon.
Namun rezeki untuk menapak dalam bidang perfileman datang kepadanya saat diterima bekerja sebagai operator projektor di Studio Jalan Ampas.
Semasa itu dia bertemu dengan Run Run Shaw, pemilik studio tempatnya bekerja dan menawarkannya bekerja sebagai pejabat di Studio Jalan Ampas.
Sewaktu bekerja di situ, dia tinggal serumah dengan seniman S Sudarmaji dan bermula ketika itulah dia mendapat peluang berlakon dalam beberapa produksi filem sebagai pelakon tambahan.
lbrahim mendapat peluang keemasan apabila ditawarkan berlakon di dalam filem Panggilan Pulau dengan memegang karakter sebagai Ramli bersama P Ramlee, S Kadarisman dan Normadiah pada 1954.
Kemudian, karier lakonannya terus berkembang dan sesuai dengan karakternya yang lucu.
Dia diberi peluang berlakon di dalam beberapa filem lain, antaranya seperti Anakku Sazali, Kipas Hikmat, Pusaka Pontianak, Siti Muslihat dan beberapa film di bawah arahan P Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu-Labi.
Kisah dapat tawaran dari produksi Hollywood
Sewaktu berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood, yang berkunjung ke Studio Jalan Ampas tertarik dengan lakonan lbrahim pendek dalam filem tersebut.
Saat itulah pihak Universal International menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood.
Bermula dari itulah lbrahim telah mencatat sejarah perfileman Melayu kerana dia adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, dia ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya.
Pada tanggal 18 Ogos 1961, lbrahim telah bertolak ke Hollywood selama 54 hari bagi menjalani penggambaran disana. Pemergian beliau dihantar oleh semua para pelakon dan petugas dari Malay Film Production.
Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika di Hollywood
Sedikit pengalaman yang dikongsi oleh lbrahim ketika berlakon di dalam filem The Spiral Road, ialah beliau berasa sangat gembira dan seronok kerana perhubungan diantara pelakon bersama pengarah serta producer sangat baik dan dijaga.
Boleh dikatakan setiap pelakon dan krew menghormati diantara satu sama lain. Sebab itulah kata lbrahim, walaupun beliau berada tempat orang tetapi beliau tidak pernah merasa sunyi kerana layanan dari pihak produksi filem sangat istimewa.
Menurutnya lagi, keadaan bekerja di Hollywood sangat sangat teratur. Setiap pelakon mempunyai bilik masing masing. Baik semasa penggambaran di dalam studio atau pun diluar studio.
Di dalam bilik masing masinglah tiap-tiap pelakon akan menunggu jika belum tiba masanya dikehendaki di hadapan kamera.
Di dalam bilik ini juga para pelakon akan di make up dan diberi layanan yang sepatutnya. Mereka di Hollywood sangat berdisiplin ketika bekerja.
Menurut lbrahim, para pelakon tidak dibenarkan berlatih terlalu kerap tetapi setiap satu shot itu diambil berpuluh kali.
Dan dari situ pengarah akan memilih mana satu shot yang paling terbaik sekali. Ini juga membuatkan banyak penggunaan filem yang terbuang katanya. Tambahnya, dia sendiri tidak diajar bagaimana hendak berlakon tetapi beliau berlakon mengikut kemahuan beliau sendiri.
Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh lbrahim semasa di Hollywood ialah menerima sebuah record player dari producer filem ini iaitu Robert Arthur sebagai tanda puas hatinya terhadap lakonan yang dipersembahkannya.
Bagaimanapun hajat lbrahim untuk meneruskan karier di sana tidak kesampaian kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan visanya.
Cari rezeki berniaga nasi lemak
Setelah tertutupnya Studio Jalan Ampas di Singapura lbrahim meneruskan kerjaya di Kuala Lumpur dan berlakon di dalam beberapa produksi filem lagi antaranya Keluarga Si Comat, Penyamun Tarbus, Setinggan dan Serampang Tiga.
Filem terakhir yang dibintanginya adalah XX Ray arahan Aziz M Osman pada 1992.
Selepas lama menyepi dari dunia lakonan, dia banyak menghabiskan waktu dengan berniaga menjual makanan di sekitar tempat tinggalnya di Cheras, Kuala Lumpur. Para pengunjung gemar membeli nasi lemak yang dijualnya.
Walaupun banyak menerima tawaran berlakon, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan dan dia bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.
Bagaimanapun, lbrahim pendek sempat menghabiskan sebuah telemovie (VCD) dan itu juga merupakan lakonan terakhirnya bertajuk Selamat Hari Jadi Abah.
lbrahim Pendek telah mengembvskan nfas terakhirnya ketika berusia 71 tahun pada 25 November, 2003 pada pukul 9 pagi ketika umat Islam sedang menyambut Aidil Fitri, selepas menjalani pembdahan di bagian perut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum itu, dia ditempatkan di Unit Rwatan Rapi (lCU) selama dua pekan ak1bat pnyakit buah pinggang, paru-paru bera1r dan ses4k nfas.
Jnazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.
Sumber:thepatriots, cabiklunik