
” Saya sedang fikirkan untuk menyara hidup, tahun depan tahun terakhir saya terima royalti peninggalan arwh..”
Itu luahan anak Allahyrham Tan Sri P Ramlee, Sazali yang belum mempunyai hala tuju hidup selepas bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) akan tamat tempoh tahun depan.
Menurut Sazali, 63, agak sukar untuknya mengulas apabila ditanya oleh mana-mana pihak berkenaan perkara ini.
” Sebelum ini pun saya pernah tanya kenapa royalti kurang dan mereka beritahu penularan C0VlD-I9 menjadi punca kutipan merosot.
” Jadi sebab itu saya terpaksa sabar dengan apa yang berlaku. Tahun depan juga tahun terakhir saya menerima wang royalti peninggalan arwh bapa.
Mungkin perlu kerja semula
” Sekarang saya sedang fikirkan untuk menyara hidup, sama ada saya kena bekerja semula atau sebaliknya,” katanya.
Terdahulu, Sazali meluahkan perkara itu ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Penaung Skim Rumahku Syurgaku Bersama Artis & Media di Setia Alam, baru-baru ini.
Menurutnya, dia perlu melihat pada semua situasi kehidupannya terutamanya perubatan.
” Bila ia berlaku nanti (tamat royalti), saya dan isteri (Hamidah Hitam) kena berbincang. Kesihatan kami berdua tidak berapa baik.
” Kami sekarang kerap ke hospital untuk bertemu doktor dan setiap kali ke hospital perlu guna wang untuk pengangkutan.
” Saya pernah kmIangan pada 2015. Sejak jatuh, tulang bahagian siku dan lutut dah rapuh dan tak dapat bekerja lagi. Saya kena buat rawatan fisioterapi kaki yang cdera akibat kmIangan,” katanya.
Terima bantuan berjumlah RM900 sebulan
Sazali berkata, mereka kini menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan.
Dalam perkembangan lain, Sazali memuji usaha yang digerakkan oleh MRF Consultant (M) Sdn Bhd untuk membantu penggiat seni memiliki rumah sendiri.
Menerusi Noraniza Idris yang dilantik sebagai Pemegang Amanah, mereka yang layak dan menepati kriteria akan berpeluang mempunyai rumah sendiri yang bernilai di bawah RM500,000.
” Saya gembira diundang oleh Noraniza dan suaminya, Jeffri Iman ke majlis ini. Saya menyokong program Rumahku Syurgaku yang bertujuan membantu rakan-rakan lain.
” Namun untuk saya memohon rumah ini, saya kena pertimbangkan lanjut kerana saya dan isteri tidak bekerja, jadi macam mana nak bayar.
” Sekiranya mereka nak menaja terpulanglah kepada mereka. Sekarang kami tinggal di rumah sendiri di Semenyih,” katanya.
Sebelum ini, Sazali juga pernah menyuarakan kebimbangan kerana bantuan bulanan yang diterima daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 tidak cukup bagi menampung perbelanjaan kesihatan dia dan isterinya.
” Kalau duit royalti sudah tiada, kehidupan saya dan isteri akan susah.
” Sejak pndemik C0VlD-I9 melanda negara jumlah royalti yang saya terima makin berkurang.
Royalti diterima sekali setahun
” Jujurnya saya masih berharap kontrak royalti MACP akan bersambung kerana saya bergantung dengan perolehan berkenaan yang diterima sekali dalam setahun,” katanya seperti dipetik HarianMetro.
Untuk rekod, P Ramlee meninggI dnia pada 29 Mei 1973 dan tahun depan genap 50 tahun pemrgian seniman agung itu.
” Selama ini, saya bergantung hidup dengan duit royalti untuk buat beli barangan dapur, pengangkutan ke hspital, rwatan fisio kaki yang cdera akibat kmIangan.
” Selain itu kami ada temu janji dengan doktor setiap tiga bulan kerana menghdap asma dan dar4h tnggi serta pnyakit tuIang belakang yang dihidapi isteri.
” Saya nak minta tolong dengan siapa sebab sekarang ini semua pun susah.
” Saya tak boleh buat apa-apa kalau tahun depan kontrak tamat dan sudah tak terima wang royalti yang menjadi kegunaan utama selama ini,” katanya lagi.
Selepas P Ramlee meninggI dnia, royalti daripada karya lagu yang diurus MACP diperoleh isterinya, Allahyrham Saloma.
Saloma meninggI dnia pada 25 April 1983 dan royalti beralih kepada anak P Ramlee, Allahyarham Nasir. Allahyrham kemudian membahagikan perolehan kepada beberapa waris lain.
Menurut Sazali, memandangkan kontrak royalti MACP akan tamat tahun depan, dia memohon sekiranya ada pihak yang sudi untuk tampil membantu dirinya dan isteri meneruskan kehidupan memandangkan dia dan isterinya sudah tidak berdaya untuk bekerja.
” Kalau ada yang boleh bantu secara bulanan saya sangat menghargainya. Nilainya tidak perlu tinggi pun, cukuplah sekadar saya dan isteri dapat meneruskan kelangsungan hidup.
” Buat masa ni, saya berjimat-cermat dengan duit bantuan yang diterima. Saya teruskan hidup dengan duit yang ada sekarang,” katanya lagi.
Sumber:hemtr0