
” Setiap hari, dunia pasti akan ada cerita yang amat menyedihkan dan menyayukan hati. Cuma tinggal saja kita ingin mengambil pengajaran dan iktibar daripada perkara tersebut.”
Itu kata-kata lelaki berhati murni, Yunizam Yusop yang berkongsi kisah menguruskan jnazah seorang wanita di satu kawasan pedalaman di Sabah yang menyentuh hati ramai.
Umum mengenali Yunizam, jejaka berusia 34 tahun yang lebih dikenali sebagai Abam Botak dan pernah tular beberapa kali di media sosial di atas khidmat van jnzah percuma yang diuruskannya.
Dapat panggilan dari anggota polis maklum ada kemat1an
Menerusi perkongsiannya pada Sabtu, Yunizam berkata beliau mendapat panggilan telefon dari seorang anggota polis yang memaklumkan ada kemat1ian yang memerlukan bantuan untuk menguruskan tersebut.
Kata Yunizam, polis tersebut memberitahu ahli keluarga jnzah tersebut benar-benar tidak berkemampuan untuk menguruskan jnzah tersebut.
” Pagi tadi aku menerima panggilan daripada anggota polis. Katanya, ada kemat1an minta tolong team abam aturkan. Betul-betul susah ni bam, nanti abam tengoklah sendiri.
” Aku katakan, boleh. Nanti biar kami yang aturkan sampai selesai. Nanti aku hubungi waris kepada arwh tersebut.” kata Yunizam.
Sambil menunjuk ke arah luar pintu. Dia berkata…
Menurut Yunizam, sebaik sahaja selesai bercakap di telefon, beliau lantas bergegas ke lokasi dan kedatangannya telah disambut oleh suami arwh.
” Terus dia menuju menunggu kami turun dari kereta. Katanya terima kasih banyak kerana sudi membantunya dan juga arwh isterinya.
” Air matanya mengalir deras sekali. Aku juga tidak dapat menahan sebak dan turut mnangis bersamanya.
” Aku bertanya, dimana jnazah isterinya akan dikebvmikan. Jawabnya akupun tidak tahu di mana. Aku tiada apa-apa.
” Dan aku bertanya dimana dan siapa yang akan mandikannya?
” Sambil menunjuk ke arah luar pintu. Dia berkata disitulah akan dimandikan dan aku tidak tahu menahu semua ini. Aku tidak ada apa-apa.” jelas Yunizam lagi.
Aku tiada apa-apa untuk diberikan
Mendengar penjelasan suami arwh, Yunizam pada awalnya buntu memikirkan perkara itu. Namun Alhamdulillah segalanya sudah Allah aturkan dan Yunizam serta rakan-rakannya dipermudahkan menguruskan jnzah tersebut.
” Dalam aku mengelap air mata, tiba-tiba suaminya bercakap denganku semula.
” Kau tengok bah tempat mandi ni nanti, apa pun tiada hanya air saja. Bolehkah tu abam? Tuhan saja membalas sama kamu abam. Aku ni tiada apa-apa untuk diberikan kepada kamu.
” Aku tidak membalas kata-katanya. Aku hanya diam dan hiraukan saja.
” Tapi dalam hatiku, aku mnangis. Hanya tuhan saja yang mengetahui masa ni. Masih ada lagi insan yang susah dari kami.
Hanya mencari rezeki dengan mengutip besi buruk
” Sempat kami bual-bual kosong tadi. Tanya kami macam mana pakai belanja seharian mereka berdua.
” Jawabnya;
” Aku ni tiada kerja yang bagus. Aku kerja mengutip-ngutip besi buruk saja, sisa buangan saja bah. Ada besi buruk boleh di jual ada la buatku beli-beli lauk sikit, kalau tiada naaa apa boleh buat Abam. Bukan rezeki kami hari tu.
” Ya, Allah. Mendengar dia cakap begitu. Aku pun bertambah mnangis.
” Arwh ini hanya hidup berdua bersama suaminya, mereka tidak mempunyai anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan.
” Maknanya siapa yang pergi awal, yang hiduplah akan uruskan jnazah yang pergi dulu dan begitulah sebaliknya.
Hidup di sebuah kontena terbiar
” Mereka berdua hidup disebuah kontena usang terbiar. Sambil menjaga-jaga kawasan lapang. Meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri.
” Susah senang mereka tetap hidup bersama. Apa yang membanggakan dan menjadi pengajaran kepada kami.
” Mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa. Dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumh tngga mereka sehingga ke akhir hayat.
” Meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
” Semoga Allah ampunkan do-sa isterinya dan mengganjarkan isterinya dengan syurganya. Aminn..” akhiri Yunizam.
Terdahulu, mengulas idea di sebalik perkhidmatan van jnazah percuma, Yunizam berkata ia dimulakan pada sekitar tahun 2018 dengan tujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Selain itu, Yunizam turut mengusahakan kelas mengaji untuk 140 pelajar di Pusat Bimbingan Siti Khadijah, Sandakan.
Semakan di facebook Yunizam, boleh dikatakan setiap hari beliau menerima panggilan termasuk dari mereka yang bukan beragama lsIam untuk menggunakan van jnzah tersebut.
Lebih membanggakan, Yunizam dan pasukannya tidak sekadar menyediakan van percuma, malah turut sama-sama menbantu menguruskan jnzah tersebut sehingga dikebumikan.
Selain itu, Yunizam juga menjawab pertanyaan warganet kenapa tidak berkongsi nombor akaun bank bagi orang ramai menghulurkan derma.
Kata Yunizam, beliau risau sekiranya tidak mampu untuk menguruskan wang tersebut atau tidak digunakan dengan sepatutnya.
Bagaimanapun Yunizam berkata, setakat ini pelbagai pihak telah tampil memberi sokongan termasuk mewakafkan van dan pacuan empat roda untuk digunakan beliau dalam menguruskan jnzah.
Sumber:fb Yunizam Yusop