Tinggi 220cm Dan Pakai Kasut Saiz 16, Pelakon Watak Hantu Ini Rupanya Lelaki Paling Tinggi di Malaysia

FiIem Jerangkung Dalam Almari yang meraih kutipan RM1.3 juta selepas enam hari ditayangkan semakin menjadi bualan ntizen di media sosial.

SeIain lakonan hebat Datuk Adi Putra, nampaknya ntizen turut tertanya-tanya tentang individu di sebalik watak jerangkung dalam filem berkenaan.

Apa tidaknya, fizikal badannya yang tinggi daripada saiz lelaki dewasa di Malaysia dilihat berjaya menghidupkan watak filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu.

Diiktiraf sebagai manusia tertinggi di Malaysia

Nmun tahukah anda bahawa pelakon watak jerangkung itu sebenarnya adalah lelaki yang diiktiraf sebagai manusia tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) kerana berketinggian 220 sentimeter.

Brkongsi pengalamannya kepada mStar, Mohd Azli Hisham Abdul Ghafar, 28, mengakui sangat teruja apabila menerima tawaran berlakon sebagai hantu jerangkung dalam filem seram berkenaan.

Mnurutnya, ia bermula selepas abangnya mencadangkan supaya dia menghadiri sesi uji bakat.

S0sok tubuhnya yang tinggi dan besar dikatakan sesuai untuk membawa watak sebagai hantu jerangkung yang sering dimomokkan memiliki bentuk fizikal berbeza daripada lelaki dewasa.

Bagi orang ramai yang sudah menonton filem seram tersebut, pastinya mereka tidak menyangka bahawa watak hantu yang bersembunyi di dalam almari adalah manusia sebenar.

” Abang yang cadangkan supaya saya berjumpa dengan kru produksi filem… sekitar bulan Februari tahun lepas.

” Bermula daripada situ saya bertemu dengan individu terlibat di suatu lokasi dan berbincang tentang watak serta lakonan yang perlu dilakukan.

” Masa tu saya pergi sendiri sahaja,” ujarnya memulakan bicara dengan mStar.

Cerita Azli lagi, setelah berada di set penggambaran dan melakonkan beberapa babak, Azli mengakui bahawa berlakon bukanlah perkara yang mudah kerana seseorang perlu menjiwai setiap watak yang diberikan.

Pun begitu, pemuda yang berasal dari Gua Musang, Kelantan ini menyatakan rasa sangat teruja kerana pertama kali diberi peluang berlakon.

Terpaksa membongkokkan badan dalam almari

Tambahan pula, selain Adi Putra filem itu dibarisi beberapa nama terkenal seperti Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Zaidi Omar dan beberapa lagi.

” Sepanjang usia 28 tahun, ini pengalaman pertama saya berlakon dan terus berlakon filem! Memang sangat teruja sebab tak pernah melakukannya mahupun bermimpi berada di set penggambaran.

” Memang susah nak berlakon tu sebab saya tak ada pengalaman langsung.

” Boleh dikatakan tiga, empat take juga dilakukan bagi mendapatkan shot yang menarik dan memuaskan hati pengarah.

” Paling banyak take adalah babak saya dalam almari.

” Almari tempat saya bersembunyi tu tersangatlah kecil dan rendah sehingga saya terpaksa membongkokkan badan.

” Mujur sekejap ja kena duduk dalam tu… lagipun masa shooting babak tu terasa sedikit panas.

” Almari tu hanya muat-muat badan saya sahaja dan ketinggian lebih rendah daripada paras ketiak saya,” ujarnya menceritakan antara situasi di set penggambaran.

Berjam-jam ambil masa untuk mekap

Selain itu, Azli turut berkongsikan pengalamannya disolek oleh juruhias kerana perlu mengenakan solekan kesan khas supaya kelihatan menyeramkan.

” Memang ketinggian dan saiz dah besar, tapi perlu juga mekap supaya saya kelihatan seperti hantu. Jadi mereka mengambil masa berjam-jam untuk mekap saya.

” Berlakon tu sudah penat, ditambah pula mekap khas yang lama… memang mencabar,” luahnya yang tidak pernah mengalami perkara mistik sepanjang penggambaran dilakukan.

Tak mahu berlakon dah kerana tidak berapa sihat

Bagaimanapun menurut pemuda yang menghidap sindrom marfan sejak usia 14 tahun ini berkata filem Jerangkung Dalam Almari mungkin adalah yang pertama dan terakhir baginya.

” Saya suka dan sangat enjoy berlakon tapi biarlah ini yang pertama dan terakhir… saya tak mahu dah kerana tidak berapa sihat,” ujarnya lagi.

Azli yang menetap bersama keluarganya turut menjalankan perniagaan sendiri.

Dia bagaimanapun mempunyai beberapa kekangan lain akibat saiz badan dan ketinggian yang melampau seperti tidak mempunyai kenderaan untuk memudahkan pergerakan walaupun sudah memiliki lesen memandu.

Kasut saiz 16

Dia yang merupakan bekas pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Alor Setar, Kedah menegaskan tidak pernah menganggap dirinya istimewa meskipun mempunyai ketinggian luar biasa.

” Jika keluar ke bandar Gua Musang, saya sering menjadi tumpuan kerana orang ramai ingin merakamkan gambar kenangan.

” Bagaimanapun, ketinggian saya ini menyebabkan saya sering letih, kerap berpeluh dan tidak boleh berdiri lama,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Abdul Ghafar Omar, 764, berkata, ketinggian badan anaknya itu disedari ketika berumur 14 tahun dan sering berhadapan masalah mencari pakaian.

” Berat badannya ialah 130 kilogram dan saiz kasutnya ukuran 16,” katanya.

Kisah Azli sebelum ini pernah beberapa kali tular di media sosial termasuk kisah beliau berharap untuk berjumpa dengan bekas perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sumber:mstar