
Aksi Liga Perdana antara KeIantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV yang berkesudahan 1-2 bertukar ‘panas’ selepas penyokong The Red Warriors dilihat ‘meng4muk’ susulan pro-vokasi dilakukan oleh penyokong pelawat.
Menerusi beberapa klip video yang tular di laman media sosial, penyokong Perak FC diarahkan masuk ke dalam padang dan tidak dibenarkan untuk keluar dari stadium selepas wisel penamat dibunyikan.
Malah, bukan setakat penyokong tetapi pemain juga dikatakan terpaksa ‘berlindung’ di tengah stadium bagi mengelak daripada mencetuskan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Menerusi komen di media sosial, segelintir penyokong KeIantan mendkwa kjdian berpunca dari pro-vokasi penyokong pasukan Perak yang kencing di atas bendera. Namun perkara itu belum dapat disahkan.
https://www.youtube.com/watch?v=84P0zIlEt-w
Satu dunia troll pemain Perak, Afolabi
Namun begitu, ada lagi satu ins1den yang cukup ‘menggelikan hati’ pada perlawanan itu yang mendapat ‘perhatian’ salah sebuah akaun ‘troll’ bola sepak terbesar antarabangsa iaitu, Troll Football di Twitter yang mempunyai 2 juta pengikut.
Walaupun pasukan pelawat memenangi perlawanan itu, ada satu ins1den menjadi bahan jenaka seluruh dunia apabila pemain import Perak FC, Sunday Afolabi melakukan aksi simulasi berlebihan.
Pemain itu melakukan provokasi di depan pertahanan KeIantan pada minit ke 85 dengan aksi tarian di hadapan pemain yang sedang bersedia untuk bertahan kerana ketika itu, pasukan Perak diberikan sepakan sudut.
Sebelum sepakan diambil, kaki pemain berasal dari Nigeria berkenaan kelihatan terlanggar secara tidak sengaja oleh Latif Suhaimi yang dilihat ingin berjalan untuk mengambil semula posisinya sebelum sepakan sudut diambil.
Ketika inilah aksi Afolabi yang mendakwa dia dikasari menjadi sebutan setelah dia jatuh, memegang bahagian kakinya sebelum berguling-guling di atas padang lebih 10 kali.
Lebih melucukan, tiada seorang pun pemain Perak pergi menghampirinya untuk bertanyakan ‘khabar’..maIu barangkali Afolabi tiba-tiba buat macam tu.
“Rakan sepasukan pun maIu dengan Afolabi” – Steve Darby
Dalam pada itu, bekas pengendali Perak, Steve Darby telah mengulas perkara itu dengan mengec4m tndakan Afolabi yang disifatkannya memaIukan.
Menurut Steve Darby, tndakan Afolabi menari mengikut chant kumpulan penyokong Perak di kawasan penalti pasukan KeIantan sesuatu yang tidak boleh diterima.
” MemaIukan, kelakuan yang tidak profesional dan kebudak-budakan.
” Malah ada yang mempertahankan tndakan tersebut kononnya ia hanyalah hiburan. Kalau macam itu sila pergi tengok sarkas dan bukannya bola sepak.
” Mandjou (Keita Manjou, bekas import Perak) tidak sama sekali akan melakukan perkara seperti itu.
” Pemain import adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti liga di Malaysia. Rakan sepasukan dia sendiri merasakan ia satu tndakan b#doh,” tulis Steve Darby.
Bos besar KeIantan, Perak ‘berbaIah’
Dalam pada itu, isu panas membabitkan KeIantan FC dan Perak FC pada aksi Liga Perdana semalam, tidak menunjukkan tanda akan reda apabila ‘bos besar’ kedua-dua pasukan pula berperang di media sosial.
Ia berikutan kedua-dua pemimpin utama pasukan itu ‘buka gelanggang’ persengke-taan di media sosial dengan masing-masing masih tidak berpuas hati terhadap kekecohan selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin menerusi akaun Facebooknya secara sinis meninggalkan pesanan dengan meminta pasukan The Red Warriors (TRW) dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka.
” Sedikit pesanan, terima kekalahan dengan hati yang terbuka.
” Belajar lagi erti profesional dalam sukan. Wa dah main world level la Mat,” katanya.
Melihat pandangan dilemparkan CEO itu membuatkan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menjadi ‘panas’ apabila menegaskan pihaknya menerima kekalahan, namun tidak dapat menerima sekiranya berlakunya provokasi tidak baik daripada penyokong lawan.
” Mudahan fans (penyokong) luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau.
” Kalah ke menang ke adat perlawanan. Saya boleh terima tapi kalau sampai provok kencing pijak bendera, ini sesuatu yang tidak baik. Di masa depan, perlu saling hormat menghormati.
” Semoga semua fans (penyokong) KeIantan semuanya sihat selamat pergi balik setiap kali match (perlawanan),” katanya.
Sumber:bharian dan sportbibIe.com