
Msteri kehilangan seorang warga emas, Painah Siwan, 79, di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang sejak 10 Ogos lalu akhirnya terungkai selepas pasukan penyelamat berjaya menemukan mngsa.
Berkongsi berita tersebut di Tiktok, seorang ahli keluarga terdekat memaklumkan update berhubung kejayaan pihak berkuasa menjumpai warga emas tersebut.
Menurut individu terbabit yang dikenali sebagai ItaComely, Painah telah selamat ditemukan namun mngsa berada dalam keadaan yang sangat lemat.
” Alhamdulillah Wak telah dijumpai dengan selamat, cuma keadaan dia sangat lemah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan” tulis ItaComey.
Warganet turut meluahkan rasa syukur di atas berita tersebut.
Dalam waktu sama meminta ItaComely agar terus berkongsi update terkini dan kisah disebalik kjadian berIaku yang dikaitkan dengan orang bu-nian.
Buat masa ini belum ada apa-apa maklumat terkini atau kisah diceritakan oleh ahli keluarga mahupun dari mngsa sendiri selepas warga emas itu dikatakan tersesat ke alam lain.
Rakaman anak cuba tarik mak, tapi tak berjaya
Dalam pada itu, tular rakaman di media sosial yang mendkwa anak kepada Painah cuba menarik tangan emaknya yang dikatakan berada di alam lain.
Namun, vdeo yang meraih lebih 3 juta tontonan di Tiktok itu membuat ramai sebak dan tidak kurang merem4ng apabila anak lelaki Painah cuba menarik tangan emaknya namun tidak berjaya.
Difahamkan anaknya terpaksa di rehatkan dan di masukkan ke wad dipercayai lemah semangat selepas usaha tersebut dibuat.
” Tak dapat diungkap dengan kata-kata nampak vdeo ini sebak sangat terus mnangis.
” Dah jumpa tapi anak dia tak dapat tarik maknya. Last-last terlepas dari genggaman.
” Anaknya sorang jer yang dinampakkan dan sekarang dihantar ke hspital sebab lemah dan pngsan tadi. Subhanallah moga diberi keajaiban jumpa Wak (Painah) malam ni, bertahan Wak.” tulis seorang ahli keluarga terdekat mgsa di TikTok.
Pihak yang arif dalam agama berada di alam ghaib
Sebelum ini, di media sosial hangat diperkatakan tentang pendedahan anak mngsa yang mendkwa terdapat orang arif dalam agama ibunya berada di alam lain.
Anak ke tiga daripada sembilan beradik, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya yang berada di alam lain itu mahu balik tetapi tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata.
” Kami sekeluarga buntu kerana emak masih tidak ditemui lagi walaupun pelbagai usaha digunakan termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa.
” Ada juga pihak yang arif dalam agama datang membantu mencari emak dan menyatakan emak masih berada dalam keadaan selamat di alam ghaib.
” Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik tapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata,” katanya.
Sangat peIik sebab tak jauh pun dari rumah tempat dia hiIang
Terdahulu, kehilangan Painah Siwan, di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang dekat sini, menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli keluarganya.
Ini kerana jarak tempat yang dituju hanya kira-kira 700 meter dari rumah mereka bagi mencari daun kelapa sawit untuk dibuat penyapu lidi.
Anak ketiga daripada sembilan beradik, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya adalah seorang yang tidak betah duduk di rumah walaupun mengalami sakit lutut.
Bagaimanapun katanya, Painah tidak menghidap penyakit kronik yang boleh membahayakannya walaupun keluar berseorangan.
” Kami tinggal serumah dan petang kejadian dia bertanya kepada saya tempat orang menebang pokok kelapa sawit kerana mahu mengambil daunnya dibuat penyapu lidi.
” Tidak sangka emak boleh hilang seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya untuk keluar dari kawasan kebun itu,” katanya ketika dihubungi UtusanMalaysia.
Sadiah turut risau kerana sewaktu keluar, ibunya tidak menjamah sebarang makanan dan setakat semalam, sudah hampir empat hari tidak pulang ke rumah.
Ketika keluar, menurutnya, Painah memakai baju warna hitam bergaris putih, seluar biru gelap selain anak tudung.
” Saya sangat berharap ibu dapat ditemukan semula dalam apa juga keadaan walaupun ada pihak mengatakan yang dia ‘disorok’ ke alam lain.
” Saya juga memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan ibu sehingga dia ditemukan,” katanya.
Pasukan pencari menemui leraian sisa daun sawit
Katanya, semalam pihak berkuasa ada menemui kesan leraian sisa daun sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian tetapi masih tidak berjaya menemui ibunya sehingga hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi tetapi tetap gagal menemui mangsa.
Sumber:TikTok ItaComely