20 Warga China Larikan Diri Masa Penguatkuasa Tiba. Bila Disiasat, Terb0ngkar Aktiviti Sebenar Mereka

Penemuan jalan tanah merah mencurigakan sejauh kira-kira 15 kilometer memb0ngkar aktiviti meIombong emas secara h4ram dalam operasi di Kompartmen 484 dan 485 di Hutan Simpan Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang, semalam.

Serbuan kira-kira 10 pagi dilakukan sepasukan 29 anggota Unit Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub dibantu lapan anggota Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) serta polis selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) JPNP, Shahril Mohamad berkata, pihaknya berdepan cabaran apabila perlu menggunakan pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan seluas dua hektar terbabit dari Jalan Pos Betau-Cameron Highlands.

Gambar: Beberapa kolam takungan yang mengandungi bahan kimia dipercayai untuk mengesan bahan galian di temui di Hutan Simpan Ulu Jelai.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kawasan berbukit dan bertanah merah itu, pihaknya menemui lapan kolam air dan dua kolam dipercayai mengandungi bahan kimia yang digunakan sebagai penapis selain untuk mengasingkan emas yang melekat pada pasir.

” Ini kali pertama pihak kita menemui aktiviti meIombong menggunakan kolam yang sistematik dipercayai bagi mendapatkan galian emas yang berada dalam tanah di kawasan terbabit.

” Terdapat juga ratusan batang paip bersama lubang kecil di satu-satu kawasan.

” Tetapi saya tidak pasti kegunaan paip berkenaan yang dilengkapi dengan corong di dalamnya terdapat sekam padi,” katanya ketika ditemui, di sini.

Shahril yang turut meninjau kawasan lombong berkenaan berkata, beliau difahamkan teknik meIombong berkenaan lebih berkesan bagi mendapatkan emas dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa dan penggunaan kaedah itu amat terkenal di China.

20 individu dipercayai kebanyakan warga China larikan diri

Menurutnya, pihaknya turut difahamkan terdapat kira-kira 20 individu dipercayai kebanyakan warga China ‘bekerja’ di kawasan itu, namun dipercayai sudah melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

Gambar: Anggota Penguatkuasa JPNP turut menemui rumah kongsi yang dibina didalam hutan untuk mengelak daripada dikesan.

” Pemeriksaan yang dilakukan turut menemui sebuah pondok berdinding kanvas dijadikan sebagai makmal.

” Turut ditemui dua unit enjin janakuasa elektrik berkuasa 2,500 kilowatt bersama sistem agihan kuasa menggunakan kabel elektrik bermutu tinggi.

” Sistem paip bagi mengalirkan air ke setiap kolam serta rumah penapis juga dianggap terbaik dengan menggunakan paip dan pam berkuasa elektrik.

” Siasatan awal percaya pihak yang terbabit dengan kgiatan h4ram ini sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menjayakan misi mereka.

” Malah boleh dikatakan semua kelengkapan seperti tempat tinggal, dapur, tandas, bilik mandi, makanan dan tukang masak disediakan,” katanya.

Katanya, selain merampas pelbagai peralatan, pihaknya turut menyita lori yang digunakan untuk mengangkut tanah bersama jengkaut.

” Kegiatan meIombong emas secara h4ram dalam Hutan Simpan Ulu Jelai yang dikesan bukan sahaja menjejaskan alam sekitar berikutan penggunaan bahan kimia, tetapi juga mengundang kepada hakisan,” katanya.

Katanya, siasatan akan dibuat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Gambar: Sebuah makmal dibina secara h4ram untuk mengesan bahan galian di Hutan Simpan Ulu Jelai.

Aktiviti perlombongan h4ram pernah terb0ngkar pada 2020

Terdahulu, HarianMetro pernah melaporkan aktiviti perlombongan h4ram di Hutan Simpan Ulu Jelai pada 13 September 2020.

Waktu itu, serbuan dilakukan Unit Penguatkuasaan (UPK) Zon Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa Zon Pahang Barat, Zahari Samsudin di Kompartmen 233 berdekatan Sungai Cheniau, Mukim Batu Yon.

Penolong Pengarah Kanan (Penguat kuasa Zon Pahang Barat) JPNP, Azmi Mohd Zain berkata, mereka yang ditahan berusia antara 30 hingga 58 tahun dan tiga warga asing membabitkan dua warga China dan seorang R0hingya.

Katanya, serbuan bersama empat anggota UPK Pahang Barat itu dilakukan selepas tinjauan menggunakan dron menemui kawasan lombong terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya menemui sebuah palong yang digunakan untuk meIombong emas termasuk pelbagai peralatan meIombong, generator elektrik dan beberapa tangki minyak.

” Turut disita dua jengkaut dan sebuah enjin pam air diesel yang digunakan untuk proses menyembur bahan galian dalam palong, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.

” Laporan polis dibuat di Balai Polis Lipis, lima individu yang ditahan dibebaskan selepas mendapat jaminan polis oleh seorang penjamin,” katanya.

Persoalan sekarang, selepas pemb0ngkaran pada 2020, bagaimana kjadian ini masih boleh berlaku semula?

Diharapkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana dikhuatiri terdapat tangan-tangan ‘ghaib’ yang menjadi daIang kepada aktiviti har4m ini.

Sumber:hmetr0