‘Duduk di Kerusi Depan Sebuah Hotel’ – Pemilik Kedai Kopi Terkenal Yg HiIang Ditemukan Dlm Keadaan Ini

Dua hari lalu, media telah melaporkan kehiIangan seorang pemilik kedai kopi terkenal di Ipoh, Perak, selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan, Kamarudin Daud, 58, dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari kedai kopi miliknya kira-kira 9.20 pagi.

Yahaya berkata, menurut laporan daripada menantu lelakinya yang berusia 26 tahun, bapa mentuanya keluar dengan membawa barang peribadi dan sebuah beg.

” Kebiasaannya mngsa keluar untuk membeli barang sahaja tetapi sehingga laporan polis dibuat, mngsa masih tidak balik ke kedai dan rumah.

” Mngsa dilihat kali terakhir memakai kemeja-T berwarna hitam dan hijau dan bertulis ‘Islam’ berwarna hijau,” katanya dalam kenyataan malam Selasa.

Yahaya berkata, tiada rekod mngsa dimasukkan atau didaftarkan di mana-mana hospital termasuk Hspital Raja Permaisuri Bainun di sini dan hospital swasta berhampiran.

” Ini adalah kali pertama mngsa keluar dari rumah tanpa memberitahu apa-apa dan kemungkinan mngsa merajuk dan berlaku selisih faham antara keluarga.

” Namun punca sebenar mngsa keluar dari rumah masih tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kes orang hiIang.

Sudah ditemukan

Sementara itu, laporan hari ini menyebut, seorang pemilik kedai kopi terkenal di sini yang dilaporkan hiIang selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar Ahad lepas, ditemukan berhampiran lokasi itu semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, Kamarudin Daud, 58, ditemukan anak angkatnya yang kemudian menghubungi pengadu iaitu menantu lelakinya kira-kira 5 petang.

Terfikir untuk mencari ketenangan

Beliau berkata, pada hari kejadian, Kamarudin berjalan kaki ke tepi Sungai Kinta kerana tiada arah tujuan, mula terfikir untuk mencari ketenangan dengan beribadat dan mendapat idea untuk pergi ke Pulau Pinang.

” Beliau kemudian pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki tren dari stesen Ipoh pada 4.08 petang ke Butterworth lalu ke Georgetown dan menginap di hotel.

” Pada hari Isnin hingga semalam, beliau menginap di hotel yang sama dan pada siang harinya hanya berada di masjid sekitar kawasan hotel sebelum menaiki feri dari Georgetown ke Butterworth untuk mendapatkan tren bagi perjalanan balik ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berjalan serta duduk di kerusi hadapan sebuah hotel

Menurut Yahaya, sebaik tiba di Ipoh kira-kira 2.30 petang, Kamarudin terus pergi ke Masjid Panglima Kinta untuk mendirikan solat zuhur dan berjalan serta duduk di kerusi hadapan sebuah hotel di Jalan Sultan Iskandar sebelum ditemukan.

Katanya, hasil temu bual bersama lelaki itu mendapati tiada motif khusus beliau menghiIangkan diri dan hanya ingin mencari ketenangan dengan cara bersendirian.

Kamarudin sebelum ini dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari kedai kopi miliknya, 9.20 pagi Ahad.

Menurut laporan polis daripada menantu lelakinya berusia 26 tahun, bapa mentuanya keluar dengan membawa barang peribadi dan sebuah beg dan tidak balik ke kedai serta rumah.

Sumber:hmetr0