30 Tahun Tabur Bakti, Pengawal Keselamatan Tetap Setia Menanti Meski DSN Kini Sudah Di Penjara

” Saya harap saya kuat bila-bila saya akan bertembung dengan Encik Alias Yahya nanti…”

Demikian perkongsian seorang individu di Facebook selepas ‘tertangkap’ sosok yang tetap setia menanti bekas majikannya, Datuk Seri NAJlB Razak yang kini dipen4ra.

Menurut Mohamad Izham yang juga jiran ‘bodyguard’ bekas perdana menteri itu, beliau sudah faham rutin kerja Alias kerana sering terserempak.

” Kami duduk setaman dan selalunya berjumpa di surau atau ke mana2 bila merayau-rayau dalam taman.

” Rasa excited (teruja) bila terserempak Encik Alias tu lain macam.

” Jumpa dia pun dah excited bayangkan kalau jumpa DSN. Kalau tak nampak dia, kita tau bossku mesti ke mana-mana. Kalau dia ada tu, maknanya boss pun ada di rumah.

” Sayu mengenangkan kesetiaan beliau terhadap DS NAJlB Razak. Beliau meneruskan khidmatnya dengan Bossku walaupun dah pencen.

” Buat encik Alias yang hampir seumur pekerjaannya berkhidmat DS NAJlB, pekerjaannya berkhidmat dengan DS Najib adalah kehidupan.

” Sudah pasti beliau ada banyak alasan-alasan tersendiri yang membuatkan beliau terus ingin berdamping dengan bossku.

” Kalau saya jadi Encik Alias, saya pasti merindukan kehidupan bersama DS NAJlB. Sudah pasti terasa seperti orang yang disayangi dan sentiasa bersama, seperti dirampas dari kehidupan kita.

” Kalau saya pun rasa kehilangan, apatah lagi encik Alias.

” Semoga kita diberikan kesabaran, Allah tidak akan menguji kita kalau kita tak mampu. Saya harap ini hanya sementara. Insha Allah..” tulis Mohamad Izham.

Yana NAJlB muat naik gambar Alias

Terdahulu di Mhkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini ‘tertangkap’ sosok yang tetap setia menanti bekas majikannya yang kini dipenj4ra.

Sekeping foto penuh emosi mempamerkan seorang bekas Pegawai Keselamatan Peribadi atau bodyguard NAJlB iaitu Sub-Inspektor (SI) Alias Yahya berdiri tegak di laluan pejalan kaki Mhkamah Tinggi menyaksikan bekas majikannya yang dibawa keluar kenderaan polis menuju ke penj4ra setelah selesai prosiding perbicaraan kes 1MDB.

Alias kelihatan berdiri dengan mengenakan kemeja putih.

Foto itu menunjukkan bahawa Alias tetap setia menanti bekas majikannya yang kini dipenj4ra.

Sementara itu, dua anak cahaya mata NAJlB dan Datin Seri R0smah Mans0r iaitu Nooryana Najwa dan adiknya Ashman mencoret di Facebook bapa mereka tentang persahabatan bapa mereka dan Alias.

” 32 tahun bersama kami sekeluarga. Uncle Alias Yahya, bekas pegawai keselamatan peribadi Daddy.

” Dia la sahabat. Dia ikhlas, setia di sisi,” catat Yana dan Ashman.

Pendaki Everest luluh hati..

Dalam pada itu, lupakan seketika isu NAJlB, beberapa individu dan juga warganet meluahkan rasa sayu dengan kesetiaan ditunjukkan oleh Alias.

Malah, pendaki gunung Everest, Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin juga menulis di FB berhubung kisah Alias yang tular sejak hari ini.

” Tuan Alias.. Pegawai PDRM yang menjaga DS NAJlB Razak semenjak awal lagi..

” Bila saya renung gambar ini, luluh hati pabila seorang sahabat susah senangnya sampai Bossku ke Penj4ra Kajang, beliau berdiri teguh melihat bossnya.” tulisnya.

NAJlB pernah up status pasal Alias Yahya

Sebelum ini pada 8 Oktober 2018, NAJlB pernah berkongsi cerita, katanya SI Alias sudah lama berkhidmat menjaga keselamatan mereka sekeluarga.

” Dah 28 tahun SI Alias Yahya berkhidmat menjaga keselamatan kami. Anak-anak saya dari kecil sampai dewasa, dah macam keluarga sendiri.

” Terima kasih Alias, kami sekeluarga tak akan lupakan jasa dan pengorbanan, dan kami doakan semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Enjoy your retirement,” tulis NAJlB ketika mengucapkan selamat bersara kepada Alias yang telah bersara selepas 28 tahun berkhidmat dengannya.

Warga maya juga memuji Alias, ada yang berkata setia dan semangat setiakawan tak boleh dibeli dengan harta dan wang ringgit.

Sumber:FB NAJlB Razak, Mohamad Izham Che Ros, Muqharabbin Mokhtarrudin dan olahan Asia Kini