
‘Cita-cita tinggi’ seorang lelaki untuk ‘memadukan’ isterinya dengan seorang jan-da anak satu berke-cai selepas wanita itu mendedahkan slip gaji lelaki itu kepada bakal madunya.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, wanita berkenaan bertindak demikian selepas suaminya menjalinkan hbungan dengan seorang wanita dan kedua-duanya sedang merancang untuk berkahwin.
MaIah katanya, wanita itu juga sudah berani menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta izin darinya untuk bermadu.
Bgaimanapun katanya, tindakan suaminya itu seolah-olah ‘tidak sedar diri’ apabila baki gajinya hanya tinggal RM800 sahaja.
” Tiga hari lepas tu aku jumpa perempuan tu bersama-sama dengan suami aku. Kami duduk semeja kat restoran mahal kalau 3 orang makan mau dekat rm200 kot aku rasa.
” Suami aku ingat nak suai kenal agaknya, sengih-sengih bukan main lagi.
” Aku order air, order makan bagi dorang perabih dulu biar kenyang. Habis makan, aku susun pinggan letak ke tepi, kemudian aku tanya perempuan tu…
” Betul ke kamu nak nikah dengan suami saya. Dia angguk-angguk senyum simpul.
” Lepas tu aku bawak keluar slip gaji laki aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal rm800.
Motor pun atas nama aku
” Aku bawak keluar pulak geran kereta atas nama aku, surat rumah atas nama aku, motor pun atas nama aku. Suami aku takde harta apa pun.
” Aku cakap agak-agak kalau gaji RM800 kamu dapat apa? Tak payah nak kata boleh jer hidup sebab dah cinta, dah sayang bohong sangat aihhh.” luahnya.
Jelas wanita itu lagi, suaminya juga hanya memberi nafkah hanya untuk ‘lepas tekak’ sekitar RM100 sehingga RM200 sebulan dan kadang-kadang duit itu pun lelaki itu minta semula.
” Tu pampers anak kamu sape nak beli? Nak suruh aku tolong belikan memang tak lah, aku bagi penerajang dua-dua.
” Bulan-bulan nak bagi kamu nafkah lagi, berapa je pun gaji dia..
” Lepas tekak dia saja, bagi saya pun setakat RM100 – RM200.. itu pun mintak semula.. tapi kot kamu reda dapat RM10 jer setiap bulan ikut lah.
” Sekarang ni saya tinggalkan kamu berdua, fikir baik-baik dulu masih nak teruskan perkahwinan ataupun tidak.
” Fikir elok-elok ya.. yang ni saya makan kamu bayar. Nak balik kamu cari grab pasal kat luar tu kereta saya punya, kamu dah boleh biasakan diri dari sekarang grab ke jalan kaki ke merangkak ke..yer!” kata wanita tersebut.
Menangis minta maaf, tak jadi nikah
Susulan pendedahan itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa lelaki tersebut telah memohon maaf sambil menangis.
” Semoga berjaya aku cakap kat dorang berdua, puas hati aku tengok suami aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam.
” Kemudian aku balik tidur, esoknya bangun-bangun suami aku cakap dah tak jadi nikah, dia mintak maaf kat aku sambil menangis janji tak mahu ulang dah.
” Baru ada akai. Perempuan tu pun duk whatsapp cakap tak sanggup nak nikah dia tau dia salah dan minta maaf.
” Aku cakap kat suami aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi aku nak framekan slip gaji dia tampal kat ruang tamu dapur dan tandas..
” Silap-silap aku buat profile picture fb whatsapp semua baru padan muka.” akhir wanita berkenaan.
Beribu warganet komen berikan pendapat
Sementara itu, menerusi ruangan perkongsian yang meraih lebih 100 ribu tanda suka dan 31 ribu ‘shares’ itu, rata-rata warganet memberikan pendapat menyebelahi tndakan wanita berkenaan.
” Slip gaji tu jamgan frame kat rumah jer..tampal kat tiang letrik ..tiang telepon tepi jalan tu..dinding bangunan semua, berserta muka dia sekali.” tulis Siti Azlina.
” Hat ni padu hahahaha. Aku yang lelaki ni pun salute hang kak. Dan tolong doakan semoga bini aku tak baca komen aku ni kak. Bukan apa, takut nanti dia bahan aku. Haha..” tulis Ekudz.
Sumber:k0smo