Mak Ayah Tiba2 Sk0deng Aku Di Tempat Kerja. LuIuh Hati Mereka Saat Lihat Aku Pegang Penyapu

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga berada, Shima sejak kecil tak pernah angkat tangan buat kerja rumah sebab semuanya pembantu rumah yang buat.

Pertama kali aku pegang penyapu ialah waktu darjah 3. Tu pun sebab kelas aku ada jadual kerja harian. Aku sampai ditertawakan oleh kawan kawan sebab tak tahu nak guna penyapu.

Masuk darjah 6, kebanyakan kawan perempuan tahu masak nasi, cuma aku yang masih terbelakang.

Semakin aku besar, semakin hidup aku dikawal. Kat mana aku nak sekolah, kat mana aku nak sambung degree, kat mana aku nak bekerja. Sampai mak ayah tak bagi aku rentas negeri sebab tak nak berjauhan dari aku.

Sejak aku masuk IPT, baru aku belajar nak urus baju, nak kemas, nak masak. Ilmu yang susah nak dapat di rumah.

Jadi cashier di semua restoran

Lepas tamat degree, aku menganggur seminggu sebelum bekerja di sebuah restoran makanan segera sebab transkrip degree tak keluar lagi.

Aku jenis yang menitik beratkan soal kebersihan. Jadi bila tiada pelanggan, aku ambil kesempatan untuk membantu membersihkan meja dan sapu lantai.

Biarpun kat rumah sendiri pun tak pernah menyapu, kat tempat kerja kena buat benda macam ni. Tapi aku okey saja.

Waktu kat U, macam macam kerja aku buat sebab tak nak bergantung pada duit mak ayah. Termasuk la jadi cikgu, cashier, waiter, pembantu pejabat, tutor dan kerani akaun.

Mak ternampak aku pegang penyapu

Nak dijadikan cerita, satu hari, kebetulan mak ayah aku datang skodeng aku di tempat kerja.

Betapa luluhnya hati mak ayah bila anak yang dibesarkan dalam serba kemewahan pegang penyapu.

Disebabkan hal itu, mak aku terus minta aku berhenti kerja. Bukan sekali, dah banyak kali dah mak ayah suruh aku berhenti.

Satu sebab bagi mereka kerja ni tak setataf level pendidikan aku. Kedua sebab aku kena kerja sampai lewat malam. Ketiga sebab mereka nak aku ambil alih perniagaan mereka.

” Papa, mama dah tua. Sapa lagi nak jadi pewaris syarikat kalau bukan Shima? Takkan nak biar syarikat lingkup?”

Aku ingatkan kat drama tv3 ja mak bapak paksa anak ambil alih perniagaan mereka. Rupa rupanya dalam dunia sebenar pun ada.

Tapi aku taknak sebab aku nak dapat duit dengan usaha aku sendiri bukan dengan menumpang harta mak bapak kerana impian aku nak jadi ahli akademik bukan ahli perniagaan.

Dan perkara yang paling sedih sebab jadi anak berada ni ialah tiada lelaki yang berani nak dekat dengan aku.

Setiap kali lelaki nak berkenalan dengan aku, mereka akan tanya aku tentang latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan.

Aku pun jujur yang keluarga aku agak senang dan aku plan nak sambung belajar sampai PhD sebab aku nak jadi pensyarah.

Dengar benda ni, terus diaorang lari dengan alasan darjat dan level aku lagi tinggi daripada diaorang di mana kebanyakan mereka hanya berpendidikan setakat diploma.

Mak ayah selalu pesan biar lelaki lebih dari kita jangan kita lebih dari lelaki. Sebab lelaki ni ada ego dan maruah yang perlu dijaga. Kalau perempuan tu lebih daripada diaorang, diaorang akan rasa tercabar.

Sebab tu mak ayah letak syarat mereka nak menantu yang sekufu dari segi pendapatan dan pendidikan.

Aduh.. lagi la susah aku nak cari jodoh. Kalau tak cari nanti mak ayah bising nak cucu.

Aku pernah dengar lecturer kata perempuan sebelum sambung master kena ada tunang dan sebelum sambung PhD kena ada suami otherwise mereka akan jadi anak dara tua.

Nampak macam mengarutkan tapi katanya sebab makin tinggi level pendidikan wanita, makin sedikit lelaki yang boleh dicari sebab kebanyakkan yang sambung master/ PhD dah ada tunang/ istri dan kedua sebab lelaki takut pada wanita yang lebih berpendidikan.

So apa yang aku nak simpulkan dari confession aku ni,

1) Patutkah aku korbankan impian aku untuk jadi ahli akademik dengan menjadi mak turut dan ambil alih perniagaan keluarga?

2) Patutkah aku cari lelaki yang selevel dengan aku untuk memuaskan hati mak ayah? Dan macam mana?

NOTA: GAMBAR DI ATAS ADALAH SEKADAR HIASAN

Sumber:edisihiburan