
” Saya hanya boleh sahkan ketika ini, dia sudah beri keterangan kepada pihak Jawi minggu lalu..”
Itu kata-kata pelakon popular Puteri Sarah yang mengesahkan lra Kazar yang didak-wa mempunyai hbungan dengan suaminya, SyamsuI Yusof sudah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu.
Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, itu berkata, pihaknya mengetahui tentang perkara tersebut namun tidak dimaklumkan secara terperinci mengenainya.
” Urusan kes ini akan ambil masa panjang dan masih lagi dalam siasatan tetapi saya syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak
Sarah yang ditemui pada sidang akhbar Teater Maduku Terpaling Kalut memberitahu, dia turut lega kerana kes tersebut menunjukkan progres dan berharap kemenangan akan berpihak padanya kelak.
” Saya lega kes ini berjalan dengan baik dan harap ada kemenangan. Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak.
” Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mhkamah syariah untuk dkwaan orang ketiga, manakala di mhkamah sivil untuk dak-waan melakukan gngguan.
” Tak kisah menunggu lama tetapi asalkan semuanya berjalan, alhamdulillah,” ujarnya.
Ditanya sama ada dia masih dig4nggu pihak ketiga seperti yang didak-wa sebelum ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu memberitahu tidak lagi melalui situasi tersebut ketika ini.
” Setakat ini tidak ada lagi gngguan yang saya terima memandangkan pihak sana sudah menerima arahan injuksi.
” Sekarang hidup saya lebih aman dan tenang,” katanya lagi.
Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan lra Kazar hadir memberi keterangan berhubung gngguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan SyamsuI.
lra disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didak-wa menggnggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.
Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gngguan dalam media sosial.
Tidak lagi tinggal sebumbung
Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara aktres itu dengan SyamsuI berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gngguan orang ketiga.
Dia sebelum ini mendedahkan wanita terbabit berterusan menggnggunya dan SyamsuI sejak tahun 2019 lagi.
Pelakon berkenaan juga mendak-wa individu terbabit melakukan gngguan-gngguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.
Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin lain, namun dinafikan SyamsuI.
SyamsuI masih sayangkan Puteri Sarah
Menerusi satu temu bual khas dalam program Hard To Heart bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil, SyamsuI menjawab soalan mengenai siapa sebenarnya lra Kazar.
” lra Kazar lah, satu Malaysia dah kenal. Entah lah saya pun tak tahu…nama dia disebut tu sebab isteri saya yang keluarkan kenyataan itu,” katanya ringkas.
Tidak cukup di situ, Pak Nil yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan pendek itu terus bertanyakan siapa lra Kazar pada dirinya.
” Siapa lra Kazar to you?” tanya Pak Nil.
Kali ini pengarah Filem Mat Kilau itu menutup mulut rapat sambil tersenyum serta tidak lama kemudian membuat signal atau tanda mengunci mulut dengan tangannya.
Selain itu Pak Nil sempat bertanyakan adakah dia masih menyayangi isteri serta keluarganya, tanpa ragu SyamsuI mengiyakan.
” Of course, no doubt…Mesti…,” jawab SyamsuI.
Sumber:k0smo dan gempak