“Mommy Did You Win?” – Soalan Anak Zizie Izette Selepas Mhkamah Buat Keputusan Buat Ramai Sebak

Jumaat lalu, ahIi Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mhkamah Sesyen di sini, terhadap tudu-han ra-suah RM2.8 juta.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendkwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tudvhan terhadap pasangan terbabit.

Rozina dalam penghakimannya berkata, mhkamah berpuas hati dengan keterangan saksi dan penilaian bukti yang dikemukakan pendkwaan serta hujahan pihak pembelaan.

” Selepas mendengar keterangan saksi pendkwaan ke-24 (Madhi Abdul Hamid) dan saksi pendkwaan ke-25 (Norhaili Ahmad Mokhtar) serta hujahan semua pihak, walaupun terdapat percanggahan rakaman percakapan dengan keterangan lisan mereka di mhkamah terbuka, mhkamah mendapati ia tidak memberi kesan kepada pertu-duhan terhadap kedua-dua tertu-duh.

” Bagaimanapun mhkamah mengambil maklum percanggahan itu dan meneliti keterangan kedua-dua tertu-duh dengan berhati-hati, mhkamah menerima keterangan lain SP24 (saksi pendkwaan ke-24) dan SP25 (saksi pendkwaan ke-25) yang dikemukakan di mhkamah ini,” kata Rozina.

Anak Zizie tanya soalan menyentuh hati

Dalam pada itu, apa yang menyentuh hati apabila Zizie memuat naik Instagram Story berikutan anak-anaknya bertanya sama ada dia memenangi kes tersebut.

” Mommy did you win?,” tanya anak angkatnya, Nayla Nurjeena.

Zizie dengan tenang menjawab malangnya tidak dan menganggap anak-anak kecil itu mungkin tidak memahami situasi dihadapinya namun tetap menjelaskan dia dan suami sedang bertarung dan ia masih belum berakhir.

Bagaimanapun, soalan anak lelaki Zizie mengundang sebak apabila bertanya adakah ibu bapanya akan kembali ke rumah atau pun tidak.

Tambah meruntuh hati, Jenna turut mnangis dan kedengaran suara Zizie juga tidak mampu menahan sebak melihat reaksi anak kecil itu.

” Jenna seorang anak yang memahami dan mempunyai tempat istimewa di hati saya. Mommy sayang awak, Jenna.

” Saya tidak mnangis sehingga dia mula menangis. Dia seorang anak yang manis. Saya sangat bersyukur kerana memilikinya dan mereka semua adalah hidup saya,” kongsi Zizie.

Anak angkat kembar Zizie Ezette terpaksa berpisah undang sebak

Pada Februari 2020, Zizie Ezette pernah memuat naik foto dan video mengenai anak angkat kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna di Instagram (IG).

Perkongsian tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen malah mengundang sebak mereka sehingga ramai yang menitis kan air mata.

Menerusi vdeo yang dimuat naik tersebut, dapat dilihat yang kedua kembar itu bagaikan tidak mahu berpisah apabila kedua mereka dilihat mnangis dan berpelukan.

Difahamkan video tersebut dirakam dilapangan terbang sewaktu seorang dari anak angkatnya Naila Marjenna akan terbang pulang ke Sabah.

Naila Marjenna yang dijaga oleh ibu kandungnya di Sandakan, Sabah baru-baru ini turun ke Kuala Lumpur bagi menghabiskan masa bersama kembarnya, Nayla Nurjenna yang tinggal bersama Zizie di Kuala Lumpur.

Malah Zizie yang merakam video berkenaan juga kedengaran sebak dan cuba mengawal emosinya sewatu sedang memujuk kedua-dua anak kembar itu

” Nanti jumpa lagi ya. Nanti Mummy bawa jalan-jalan lagi tau. Alahai…aku pula yang sedih.

” Mummy sayang Niza (nama sebenar Naila Marjenna ialah Asniza), kakak Jenna pun (nama sebenar Asnira) pun sayang Niza.

” Cium puas-puas…Nanti kalau Mummy balik KK (Kota Kinabalu) pun Niza boleh datang jumpa kami okay,” katanya sebak.

Dilihat ke ruangan, rata-rata pengikut turut meluahkan rasa sedih apabila melihat reaksi kedua beradik berkenaan yang dilihat bagai tidak mahu dipisahkan malah ramai yang turut mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga je syurga walaupun berjauhan.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung pada Disember 2009 dan dikurniakan pasangan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Pasangan ini juga turut mengambil anak angkat yang diberi nama Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.

Sumber:mstar dan hmetr0