
Tndakan seorang lelaki di republik ini yang memasang sembilan penyaman udara di apartmen yang disewanya menyebabkan beberapa jiran mengalami masalah pemeluwapan.
Pnduduk lain bising sebab tindakan lelaki itu menyebabkan timbul tompok kulat pada dinding rumah mereka.
Pmasangan penyaman udara di kawasan apartmen kebiasaannya melibatkan satu atau dua unit sahaja.
Namun, tindakan lelaki itu yang hanya mementingkan diri untuk kekal berada dalam suhu yang sejuk menimbulkan aduan penduduk setempat.
Difahamkan, lelaki itu akan memasang suhu 18 Celcius setiap hari di rumahnya.
Seorang jiran dikenali sebagai Liu berkata, dia terpaksa mencuci lantai sebanyak tiga kali sehari.
Liu berjiran dengan lelaki itu di tingkat bawah apartmen di Sengkang.
” Sakit kepala saya dibuatnya. Apatah lagi melihat dinding rumah yang muncul tompok-tompok kulat kerana sikap jiran yang tidak bertanggungjawab.
” Malah, kemasan lantai di rumah saya juga mula merekah disebabkan perbezaan suhu yang berlaku,” katanya lapor Shin Min Daily News.
Hidap k4nser hati
Penghuni yang menimbulkan masalah itu mengaku kepada wartawan dia memang memasang suhu 18 Celcius supaya dapat tinggal dengan lebih selesa semasa musim panas terik ini.
Huang, 63, menyewa apartmen empat bilik memberitahu dia menghidap k4nser hati dan suhu sejuk membantu meningkatkan imunitinya.
” Saya pasang lima pendingin hawa di ruang tamu, dua di bilik utama dan baki dua lagi di bilik lain.
” Saya perlu membayar bil sebanyak 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan bagi sembilan unit penyaman udara itu,” katanya.
Persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak
Untuk cuba menyelesaikan masalah itu, Liu telah berjumpa dengan Huang dan juga menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan, walaupun tidak berjaya.
Pada 21 Ogos, pihak berkenaan dilaporkan telah mencapai persetujuan, menurut Shin Min.
Di bawah perjanjian itu, Huang akan mengurangkan tempoh masa apabila semua penghawa dingin dihidupkan.
Dia juga bersetuju untuk hanya menggunakan dua penghawa dingin di bilik tidur utama apabila dia tidur pada waktu malam.
” Saya telah menerima cadangan itu, tetapi ia masih harus dilihat sama ada ini menyelesaikan masalah atau tidak”, kata Liu kepada Shin Min.
” Untuk penghawa dingin di ruang tamu, saya boleh mematikannya apabila saya tiada di sana. Namun, untuk bilik tidur utama, saya tiada pilihan”, Huang berkongsi.
Jika perjanjian itu gagal, Huang menyatakan bahawa dia akan berpindah.
Disebabkan pihak pengurusan menerima banyak aduan mengenai lelaki itu, Huang akhirnya mengalah dan berpindah keluar dari apartmen itu sejak minggu lalu.
Gambar: Huang akhirnya berpindah
Dilaporkan dia juga turut membawa sebanyak lapan unit penyaman udara untuk berpindah ke rumah baharu.
” Hendak pasang pennyaman di rumah baharu sudah tentu melibatkan kos yang banyak, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat hidup dengan selesa,” katanya.
Garis panduan HDB mengenai penghawa dingin
Menurut laman web HDB (Housing & Development Board), permit untuk pemasangan penghawa dingin mungkin diperlukan untuk beberapa jenis flat, bergantung pada sama ada flat itu telah dilengkapi dengan suis utama 30 atau 40 amp.
Semakan pada e-perkhidmatan HDB mendedahkan blok Huang tergolong dalam jenis yang kedua.
Untuk rumah pangsa yang dilengkapi dengan suis utama 40 amp, permit tidak diperlukan untuk pemasangan dan hanya garis panduan ini dikenakan:
1) Arus larian penghawa dingin hendaklah dihadkan oleh pengasing kutub berkembar (DP) 20 amp atau titik kuasa 15 amp
2) Maksimum 2 unit pemeluwapan penghawa dingin jenis split boleh dipasang
3) Berat maksimum yang dibenarkan ialah 110kg setiap panel dinding tidak kira sama ada pemasangan pada dinding luar atau langkan penghawa dingin
4) Untuk unit pemeluwapan penghawa dingin yang dipasang di dinding, setiap panel dinding dibenarkan hanya mempunyai 1 unit pemeluwapan penghawa dingin.
HDB juga menetapkan bahawa pemilik bertanggungjawab ke atas pemasangan, keselamatan dan kestabilan unit penghawa dingin yang betul.
Nampaknya tidak ada sebarang sekatan ke atas bilangan unit penghawa dingin yang dibenarkan di flat HDB.
Sumber:utusan dan mothership.sg