‘Ustaz Tau Tak Sakit Dirod0k Kat Bawah Tu Macam Mana?’ – Ustazah Afifah Cuba SekoIahkan UAI

Hangat diperkatakan di media sosial berkenaan isu dkwaan seorang penceramah bebas tentang lelaki ‘dayus’ kerana membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.

Perkara terbabit turut mendapat maklum balas penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau disapa UAI yang menangkis dkwaan itu dengan menekankan maksud ‘darurat’.

Bagaimanapun nampak gayanya tidak terhenti di situ apabila Ustazah Siti Afifah Shahbudin bersuara lagi dengan menyelar kenyataan yang disuarakan oleh UAI.

Menerusi video di TikTok yang tular, Siti Afifah menyifatkan UAI tidak memahami dengan hukum Allah SWT.

” Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz! Masalah wanita!

” Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus adalah Allah Taala. Jadi, apa saya nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang.” katanya.

Ustaz pernah ke rasa sakit beranak?

Selain itu, Siti Afifah turut mempersoalkan diri UAI yang tidak pernah merasai pengalaman perit wanita ketika melahirkan anak.

” Saya nak tanya sebagai ustaz apa komen bila dengar seorang doktor pelatih berkongsi pengalaman mereka menyambut wanita bersalin. Ustaz pernah ke duduk di tempat wanita bersalin?

” Ustaz pernah ke rasa sakit beranak? Ya betul ustaz ada isteri. Tapi, pernah tak ustaz menjadi wanita yang beranak.” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Siti Afifah bertanya apa tindakan yang akan diambil oleh UAI demi mempertahankan maruah wanita yang didakwa sudah ‘dirob3k’ oleh doktor lelaki.

” Dalam masa sama, apa tindakan ustaz sebagai ulama melihat doktor membuat kajian kepada wanita dengan menyeluk, main-main dekat dalam (kemalvan) dan sebagainya.

” Apa ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah berasa ini sebagai tanggungjawab ulama dan ustaz? Mana jiwa kamu?

” Ini pasal maruah wanita. Jangan mudah nak halal haram.

” Apa usaha ustaz nak mempertahankan maruah wanita apabila suaminya di luar kemampuan?

” Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut ramai sampaikan kepada kerajaan bahawa wanita-wanita tidak reda dijadikan bahan kaji.

” Ustaz tau tak sakit dirod0k di bawah (kemalvan) macam mana? Bukan seorang atau dua (doktor) yang masuk (kemalvan). Itu belum lagi tangan bukan Muslim. Tangan lelaki tau tak macam mana?” tanya Siti Afifah.

Sumber:obulan