Ramai Yang Petik Nama Shamsul Ghau Ghau Dgn Isu Syamsul Yusof Kahwin Lagi. Sekali Ini Respond Syamsul GhauGhau

Pelakon dan komedian Shamsul Ghau Ghau tampil menjentik humor dalam kalangan warganet apabila ada yang tersalah anggap ‘Shamsul’ ekoran isu yang sedang viral ketika ini.

Kisah pergolakan rumah tangga pengarah dan pelakon kontroversi Syamsul Yusof serta isterinya Puteri Sarah Liyana untuk makluman semua menjadi topik hangat sejak pendedahan perkahwinan di Thailand bersama Ira Kazar sejak semalam.

Alhamdulillah saya sudah bernikah secara sah dengan Ira Kazar - Shamsul

Kata Shamsul Ghau Ghau, ada segelintir warganet yang tersalah anggap dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam kekecohan ketika ini.

“Orang lain yang kahwin kenapa tag aku? Aku kahwin betul-betul baru tahu?” tulisnya pada hantaran di media sosial berserta nama isterinya, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.

Perkongsian Shamsul itu mendapat pelbagai reaksi lucu dalam kalangan warganet termasuk rakan selebriti atnaranya Idris Khan, Fitri Haris, Erry Putra, Eizlan Yusof, Black, Saiful Apek dan ramai lagi.

“Apakah salah orang bernama Syamsul atau Sol?

“Kalau abang kahwin lagi satu abang memang king! Trylah, lepas tu bagi feedback.

“Ayat test market ni…

“Naya Pak Su, hari tu dah kena sekali dah pasal Mat Kilau.

“Disebabkan Syamsul seorang, habis Syamsul sebelanga,” sambung komen beberapa pengguna lain.

Gambar ini juga tular di media sosial. Memang kelakar betul Syamsul Ghau Ghau

Syamsul pada Jumaat mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar, wanita yang didakwa pernah menjadi individu ketiga dalam perkahwinanya bersama Puteri Sarah.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Sumber : GEMPAK