
Ibu pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meletakkan titik noktah terhadap isu membabitkan pernikahan anaknya dan Ira Kazar yang menjadi bualan hangat sekarang.
Patimah ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu, beliau enggan lagi mengulas kontroversi itu termasuk komen ditinggalkan di Facebook (FB).
“Maaf. No Comment… Cukuplah,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu komen ditinggalkan isteri penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ini di FB mencuri perhatian ramai.
Melalui catatan itu, Patimah secara terang-terangan menyalahkan bapa Ira, iaitu pelakon Kazar Saisi sebagai punca kepada kemelut yang berlaku dalam rumah tangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Komen itu berbunyi:
“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka!
“Namun, kami terima takdir yang berlaku kepada anak kami yang malang itu,” tulisnya.
Dia bukan besan
Dalam kenyataan ibu Syamsul menerusi laporan dari Mstar, Datin Patimah menegaskan bahawa keluarga Kazar bukanlah besannya apabila meninggalkan komen di ruangan Instagram hantaran berita perihal suaminya dan Kazar.
“Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia,” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat sokongan daripada warganet yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang dibuat ibu kepada Syamsul Yusof.
Mereka juga dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Puteri Sarah dan juga keluarga Syamsul yang merasakan mereka sedang diuji dengan tindakan pengarah tersohor itu.
Sebelum ini, Fatimah menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pernah meluahkan bahawa beliau tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang menjadi punca keretakan sesebuah keluarga.
Entri yang diiringi foto dirinya itu seakan ada kaitan dengan konflik melanda rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.
Jumaat lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira berwalikan Kazar di Thailand.
Foto majlis pernikahan Syamsul dan Ira yang diiringi Kazar turut tular.
Sumber: BHARIAN ONLINE/MSTAR ONLINE/OMM