Puteri Sarah Beri Ayat Ini Kepada Syamsul Selepas Video Ayah Mertua, Yusof Haslam Menangis Dalam Melodi

PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan bapa mentuanya, penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam sudah banyak kali mengalirkan air mata disebabkan kelakuan suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah tau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, sebagai menantu dia tidak tahan melihat Yusof, 69, yang sudah dianggap sebagai bapa sendiri dan memberi amaran kepada Syamsul agar tidak menjadi anak derhaka.

“Datuk Yusuf sudah seperti bapa kandung dan bukannya bapa mentua lagi. Bukan sekali dua papa menangis disebabkan awak.

“Sampai hati awak. Jangan jadi anak derhaka sebab awak juga buat mama menangis,” katanya.

sarahh1 - 1

Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instastory miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, meskipun dia tidak berasa bahagia namun dia tidak sanggup melihat Yusof dan ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail dalam keadaan sedih.

Sehubungan itu, pelakon itu memberitahu berhajat untuk mendoakan kebahagiaan buat ibu dan bapa mentuanya itu ketika mengerjakan ibadah umrah bermula 26 Januari ini.

“Insya Allah Sarah akan pergi umrah pada 26 Januari ini. Sarah akan doakan kebahagiaan papa dan mama.

“Sarah tak bahagia tak apa, saya boleh rawat hati sendiri tetapi jangan mama dan papa yang tak bahagia,” ujarnya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut menitipkan pesan buat Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar tentang kifarah itu wujud.

“Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada,” tulisnya lagi.

VIDEO YUSOF HASLAM MENGALIRKAN AIR MATA KERANA SYAMSUL 

 

Terdahulu, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul langsung tidak berbincang terlebih dahulu dengannya untuk bernikah dengan Ira Kazar.

Bagaimanapun, Yusof reda dengan keputusan dibuat Syamsul berkahwin dua dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber : MSTAR ONLINE